The New Elegance

Definisi imej lelaki yang kemas dan elegan sudah berubah dan siapa lagi yang lebih arif untuk menterjemahkan idea baru ini kalau bukan Giorgio Armani?

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Saban musim, imej sartorial yang tajam jarang sekali dilihat merentasi pentas peragaan kota fesyen. Imej mod atau hipster has been thrown out of the window! Kerana populariti gaya athleisure sudah mula menyuarakan seruan baru lelaki alaf ini, yang menuntut fesyen yang lebih ‘pro- keselesaan’ dan ‘mesra-pergerakan’. Maka, baik dalam gaya formal atau kasual, siluet si jejaka sekarang lebih cenderung untuk tampil relaks dan lembut. Namun, yang pastinya, ia kekal kemas.

Pendekatan segar ini boleh dilihat dalam koleksi Giorgio Armani musim luruh sejuk 2017 yang menyarankan idea ‘sporty chic’ sebagai manifesto gayanya. Lihat saja pada item wajib-ada lelaki alfa kini yakni jaket bomber, yang direka agar tampil kurang teknikal tapi lebih versatil dan elegan. Muncul dengan tekstur renyuk sebagai satu sentuhan sofistikated dalam material wool yang matt dan taktil. Ciri taktil itu turut diterokai pada seleksi persalinan luar dan skarf melalui proses inovasi tekstil yang mencipta efek 3D pada olahan corak.

Neoprene pula – yang kerap dijadikan asas gaya sporty – diperbaharui dengan proses pengelompokan untuk menghasil terkstur seakan-akan baldu. Saranan fabrik baldu yang lebih durable untuk jejaka kota yang aktif, mungkin? Ia sekali gus menyatukan material kontemporari dengan estetik yang lebih klasik. Dan idea

fusion sebegini – yang lama bertemu yang baru, yang kasar bertemu yang lembut, yang kasual bertemu yang formal – membentuk kod gaya baru Giorgio Armani. Jika dulu imej jenama bertunjangkan sut potongan klasik, di era masa kini gaya Armani punya cita rasa lebih spontan dan bersahaja. Padanan sut baldu dengan hoodie misalnya bukanlah sesuatu yang pelik, malah menggambarkan definisi baru stail lelaki alfa yang kekal smart, elegan tapi punya

swagger tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.