Indeks Segak Rapi

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

“Inspirasi saya untuk Hwyl Eau de Parfum terdetik tatkala menerokai hutan kuno Jepun, berjalan sekeliling pokok-pokok Hiba berusia 300 tahun dan taman-taman lumut di tokong-tokong negara itu.” Begitulah perkongsian pakar olfaktori Peranchis, Barnabé Fillion perihal haruman terkini keluaran Aesop. Direka untuk menggambarkan nilai kesunyian alam semula jadi, ramuan rempah aromatik dan ekstrak Thyme membuka cerita. Disusuli nota tengah kekayuan Cypress, kemudiannya ekstrak vetiver, kemenyan dan lumut pula meminjamkan satu earthy sensuality berpanjangan. Hasilnya satu haruman yang dibuai misteri zaman lampau. Bagaikan satu meditasi untuk jejaka yang mahu melupakan kecelaruan kota. Dipakejkan dalam kotak dihiasi hasil lukisan artis Australia, Jonathan McCabe, wangian Aesop Hwyl Eau de Parfum dijual di butik Ken’s Apothecary, gedung serba- serbi terpilih juga atas talian. Hwyl Eau de Parfum 50ml, RM395

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.