Inovasi Automotif Hibrid

Meraikan 100 tahun inovasi dan mobiliti masa depan, BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW 3 Series Hibrid dengan teknologi eDrive yang pertama

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - Teks : Zuhairie Sahrom Gambar : BMW GROUP Malaysia

BMW Group Malaysia meraikan 100 tahun inovasinya pada acara BMW Innovation Days Malaysia tahun lalu dengan memperkenalkan BMW 330e baru. Merupakan kenderaan hibrid dengan Teknologi eDrive yang dipasang di Malaysia langsung BMW 330e menjadi model ke-12 yang menyertai portfolio kenderaan pemasangan tempatan di kemudahan BMW Group Malaysia di Kulim Hi-Tech Park.

Meneruskan BMW Efficient-Dynamics melalui kecekapan dan kuasa yang tiada tandingannya. Dilengkapi motor elektrik termaju yang berfungsi secara serentak dengan enjin BMW TwinPower Turbo, BMW 330e baru dijangka menawarkan pengalaman pemanduan terbaik demi memenuhi spektrum keperluan pemanduan tanpa sempadan. Mengekalkan reka bentuk luaran BMW 3 Series, BMW 330e baharu menyerlahkan sifat hibridnya. Pada masa yang sama mengekalkan identitinya sebagai sebuah sedan ikonik. Kemampuan hibrid BMW 330e diserlahkan melalui rekaan ringkas dan sofistikated yang dijelaskan oleh rasa elegan dan sporty.

Ciri- ciri tipikal BMW eDrive pada BMW 330e baru dapat dilihat dengan jelas pada rekaan luaran dan dalaman kereta ini. Ciri luaran khas sebuah kenderaan hibrid plug

in termasuklah sebuah soket panel pengecas yang diposisikan di bahagian kiri hadapan kereta ini. Lampu berwarna biru akan menyala sebaik sahaja proses mengecas bermula bagi menunjukkan aliran tenaga elektrik. Lencana “eDrive” daripada model BMW i pula dipasang pada sisi kereta. Karakter dinamik BMW 330e baharu diserlahkan lagi oleh rim aloi ringan jejari V bersaiz 18 inci dengan saiz tayar yang berbeza-beza.

BMW 330e baru memiliki rangkaian hibrid inovatif yang terdiri daripada enjin empat silinder bersesaran dua liter bersama teknologi BMW TwinPower Turbo dan motor elektrik synchronous BMW eDrive yang diintegrasikan bersama transmisi Steptronic lapan kelajuan. Digabungkan dengan sistem pacuan roda belakang sepenuh masa dan teknologi eDrive, BMW 330e baharu menawarkan prestasi terbaik bersama kecekapan yang tiada tandingan. Kuasa maksimum yang mampu dijananya ialah 252hp dan tork puncak 420Nm. Sementara gabungan penggunaan bahan apinya adalah sekitar 2.1 liter bagi setiap 100km dan emisi CO2 49 gram per kilometer. Sementara motor elektrik pula menawarkan

output kuasa 65 kW/ 88 hp dan mampu bergerak pada kelajuan maksimum 120km/j dengan kuasa elektrik sepenuhnya. Melalui gabungan semua kuasa ini, BMW 330e baharu boleh mencatat pecutan dari 0 ke 100km/j dalam masa hanya 6.1 saat dengan kelajuan maksimum 255km/j.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.