Syed Azmi Alhabshi

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - Teks, Penyelaras & Arahan Seni: Johan Kassim Grooming: May Ng/my Make Up & Academy Gambar: Raisa Nor Azzam Pakaian: Atelier Fitton

Dia sendiri akui, dia merupakan antara figura tempatan yang kerap dihimpit kontroversi. Pun begitu, selepas mendekati dan mengenalinya secara peribadi, niat serta agendanya cuma mahu meningkatkan pemikiran masyarakat kita langsung produktiviti turut berkembang. Syed Azmi Alhabshi, 4o tahun, aktivis sosial yang tidak kenal erti mengalah

Syed Azmi Alhabshi bukan satu nama yang asing kedengaran. Namanya telah sekian lama dibualkan dan setiap agendanya mendapat liputan meluas. Blog dan portal web khasnya sering membincangkan isu mengenai Syed Azmi. Secara peribadi, saya sendiri mengikuti perkembangan dan pelbagai isu hangat yang melibatkannya. Teman-teman saya turut mengenalinya. Bukan hanya disebabkan kontroversi yang pernah ditimbulkan, malah program-program amal yang diusahakannya. Tak terkira betapa banyak program amal pernah dianjurkannya. Setiap satu program amal punya matlamat yang pelbagai.

Setibanya Syed Azmi di studio, dia memberitahu saya bahawa dia sebenarnya berasa sedikit gementar. Saya tanya mengapa. “Because I don’t know what to expect

from today’s interview and photo shoot. Haha!” balasnya. Sebelum memulakan sesi penggambaran, kami banyak berbual yang menyentuh hal peribadinya. Bukan apa, selama ini saya hanya tahu mengenai kerja-kerja amalnya sahaja. Kongsinya, dia bekerja sepenuh masa sebagai ahli farmasi di salah sebuah hospital. Dan saya yakin, tak ramai yang tahu akan pekerjaan sepenuh masanya tersebut, termasuklah saya. Kongsinya lagi, akhir tahun ini dia bakal menamatkan pekerjaannya itu kerana mahu menumpukan sepenuh masanya terhadap program amal yang akan dikendalikannya sendiri.

PRIHATIN TERHADAP WARGA EMAS

Syed Azmi merupakan anak kelahiran Selangor. Dia banyak membesar di persekitaran kota yang secara tak langsung telah membentuk keperibadian juga cara dia memandang kehidupan sekarang. Anak sulung daripada lima adik-beradik ini memberitahu bahawa ibu dan bapanya turut banyak mempengaruhi cara pembawaan dirinya sekarang.

“Saya meluangkan alam kanak-kanak dan remaja di sekitar Taman Tun Dr. Ismail. Dan pernah menerima pendidikan sekolah, antaranya, Sekolah Menangah Sains Selangor. Bapa saya merupakan seorang jurutera dan ibu pula bekerja sebagai jururawat. Nak dijadikan cerita, cara ibu dan bapa membesarkan saya banyak mempengaruhi pembentukan diri saya. Kami ibarat sahabat baik. Apa sahaja topik kami selesa berbual. Mereka tak tegas kala mendewasakan saya. They are very laidback. Sampailah sekarang, hubungan kami masih rapat dan apa sahaja yang saya bualkan, mereka akan dengar secara terbuka. Kami berborak seperti kawan rapat. We talk about everything.”

“Pada saya, setiap individu yang bergelar ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Dan mahu melindungi anak-anak daripada sebarang perkara yang tak diingini. Terkadang menjadi ‘overprotective’. Cara ini secara tak langsung akan membuatkan perkembangan anak-anak terbantut. Mereka akan jadi kurang produktif dan kurang terdedah terhadap maklumat penting. Sebab terlalu bergantung kepada suruhan ibu bapa. Berbeza dengan ibu dan bapa saya. Mereka banyak membiarkan saya mengeksplorasi bermacam perkara. Oleh yang demikian, saya lebih terdedah dengan pelbagai perkara.” Sambung Syed Azmi lagi, “Dare to fail is a learning

process. Tak salah jika melakukan sebarang kesilapan. Tetapi, apa yang penting ialah sokongan dari sekeliling termasuklah ibu bapa. Sokongan sewajarnya haruslah diberikan oleh semua. Adik-beradik lain turut dibesarkan dengan cara yang sama. Bagi yang kurang tahu, adikberadik lain juga aktif melakukan aktiviti sosial, cuma saya sahaja yang lebih public. Masing-masing punya matlamat tersendiri. Program amal yang diusahakan oleh mereka lebih mencabar daripada apa yang saya lakukan hari ini.”

Bekerja dalam bidang farmasi telah menyebabkan Syed Azmi menemui cabang minatnya yang lain. Akibat selalu berjumpa dan bergaul bersama warga emas, ia telah membuatkan Syed Azmi lebih memahami keutamaan mereka.

“Pada mulanya, saya berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan. Tetapi, atas sebab

tertentu, saya menyambung pendidikan dalam jurusan farmasi. Setelah tamat belajar, saya mula bekerja dan banyak menghabiskan masa bersama pesakit tergolong warga emas. Setiap sesi konsultasi, saya sering mendengar luahan serta kisah perkongisan mereka. Pelbagai cerita yang dikongsikan, ada juga yang menyedihkan. Kebanyakannya bercerita tentang pengabaian oleh yang tersayang, misalnya anak-anak.”

“Pada pemahaman segelintir individu, kisah-kisah mereka seperti nak mengadu. Tetapi, pada saya tidak. Melalui kisah mereka, ia telah menyebabkan saya sedar bahawa masyarakat kita kurang keprihatinan terutamanya terhadap golongan lebih berusia. Ada yang bercerita tentang kesusahan mereka untuk menyesuaikan diri dengan kecirian persekitaran baru. Kecanggihan teknologi serta kemudahan yang telah disediakan banyak yang tidak berlandaskan keupayaan setiap lapisan umur masyarakat. Disebabkan itu, saya terfikir bahawa saya perlu lakukan sesuatu untuk mengubah senario tersebut.”

SEKS MASIH TABU

Setelah menceburi rangkaian aktiviti sosial sekian lama, Syed Azmi berpendapat bahawa masyarakat Malaysia dulu dan sekarang, ada perubahannya. Dan harapan Syed Azmi, masyarakat kita akan lebih positif di masa akan datang.

“Kalau lapan tahun lalu, orang- orang kita kuat menghakimi, lebih pentingkan diri, dan kurang prihatin. Dan sekiranya senario ini dilanjutkan, ia akan membuatkan masyarakat kita mundur. Saya tak mahu orang kita menjadi begitu. Dan harapnya, ia akan berubah dan saya tak mahu melihat generasi akan datang menjalani kehidupan dalam dunia penuh kejam.”

Di samping itu, Syed Azmi berkata isu sosial dan semasa mengenai golongan kanak-kanak dan remaja di Malaysia masih tidak dipandang serius. Terdapat banyak laporan kes yang melibatkan mereka seperti jenayah seks, penderaan dan sebagainya tidak dibincangkan secara terbuka, hanya sebab ia masih dianggap topik yang tabu di kalangan masyarakat Malaysia.

Hal yang menyentuh isu seperti ini teramat jarang sekali dibualkan di kalangan kita. Pabila bersama kawankawan mahupun ibu bapa, kita jarang menyentuh aspek seks. Ini disebabkan masih ada yang beranggapan bahawa isu semasa mengenai kanak-kanak seperti jenayah seks, kes rogol dan pedofilia, kurang sesuai disembang atau diperdebatkan secara terbuka. Syed Azmi meluahkan pendapatnya tentang isu tabu.

“Pada saya, tabu adalah pelarangan sosial yang kuat terhadap kata, benda, tindakan, atau orang yang dianggap tidak diinginkan oleh suatu kelompok, budaya, atau masyarakat. Paling mudah ialah pendidikan seks. Topik mengenai seks masih lagi tabu di kalangan masyarakat kita khasnya. Dengar atau terbaca tentang seks, orang kita dah mula tak senang duduk dan kalau boleh nak elak daripada menyentuh hal berkenaan.”

“Yang peliknya, orang- orang kita malu mahu bercakap tentang seks, tetapi semua nak buat seks. Menilai dari luar, kelihatan seperti tak mahu buat seks, tetapi dalam hati berkobar nak tahu nikmat hubungan seks. Mudahnya, apa sahaja berita atau isu mengenai seks, masyarakat kita akan lepas pandang. Contohnya, berbelas tahun dahulu, penyanyi wanita kita ada berkongsi tentang cerita fantasi seksnya dalam satu artikel majalah. Akibat keterbukaannya menceritakan fantasi seks tersebut, dia telah diambil tindakan oleh pihak tertentu. Orang awam pun mengecam tindakannya itu. Just because she was open about sex, dia telah dihukum.”

Tambah Syed Azmi lagi, “Please be real. Tanpa pendidikan seks di sekolah atau mana-mana institusi pendidikan, orang kita tetap melakukan hubungan seks. Berhubung dengan isu ini, terdapat beberapa rumah yang menempatkan golongan remaja hamil anak luar nikah. Remaja yang menetap di rumah tersebut kebanyakannya tidak mempunyai pengetahuan asas tentang hubungan seks. Bayangkan, ilmu asas tentang hubungan seks pun mereka tak tahu!”

“Apakah tugas Syed di rumah-rumah seperti itu?” “Saya bergerak secara sukarela dan dikehendaki merancang aktiviti, misalnya kempen kesedaran yang menekankan isu yang berkaitan. Dan kalau nak tahu, terdapat kanakkanak semuda sembilan tahun yang hamil menetap di salah sebuah rumah tersebut. Even worse, she didn’t even know that she was pregnant at that time. Masalahnya sekarang, terdapat ramai golongan muda yang tak tahu pengetahuan asas tentang melakukan hubungan seks. Selagi pendidikan seks tak meluas di Malaysia, selagi itu permasalahan sebegini akan meningkat dan terus kukuh berada di peringkat yang amat membimbangkan.”

Syed Azmi turut berkata, bukan sahaja pendidikan seks, malah iklan kondom pun masih dianggap tabu oleh orang kita. Iklan kondom dianggap akan menggalakkan seks bebas.

“Haa... inilah masalah besar orang kita. Iklan kondom pun tak mahu dipaparkan secara terbuka. Sebab apa? Ada yang menganggap iklan sebegini akan mengelirkan pemikiran anak-anak muda atau mungkin menyebabkan mereka cuba melakukan zina. Sepatutnya, maklumat tentang hubungan seks perlulah disampaikan dengan teknik dan medium yang betul. Melalui itu, masyarakat kita akan lebih faham akan topik yang merangkumi hubungan seks. Seperti, cara perlindungan serta teknik melakukan hubungan seks dengan selamat. Pelbagai implikasi berguna akan terjadi kalau masyarakat kita menjadi lebih terbuka.”

“Pendidikan seks bukan satu kesalahan. Kita mahukan masyarakat kita terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja melakukan keputusan bijak terhadap apa sahaja yang mereka ingin lakukan. Not only about sex.”

WHAT HAVE I’VE LEARNED?

Nama Syed Azmi lebih giat disebut ramai setelah dia melibatkan diri dalam beberapa program berbentuk amal yang tanpa dijangka, turut mencetuskan kontroversi

“AGENDA SAYA YANG SEBENAR IALAH UNTUK MENDIDIK MASYARAKAT KITA UNTUK TIDAK TAKUT DAN MELAYAN ANJING DENGAN LEBIH PRIHATIN.”

hangat. Ada yang menyokong usahanya, dan ada yang mengecam tujuan beberapa program tersebut dianjurkan. Misalnya, program ‘I Want to Touch a Dog’ dan banyak lagi. Pabila menyentuh tentang hal ini, Syed Azmi mengakui dia merupakan antara individu di Malaysia yang selalu mencetus cerita hangat. Katanya lagi, personalitinya yang ‘outspoken’ turut terkadang kurang disenangi oleh segelintir pihak. “Pabila ada isu yang tercetus, saya akan terfikir sama ada ia wajar diketengahkan atau pun tidak. Seperti program ‘I Want to Touch a Dog’, terdapat beberapa pihak yang kurang senang dengan matlamat acara tersebut diadakan. Agenda saya yang sebenar ialah untuk mendidik masyarakat kita untuk tidak takut dan melayan anjing dengan lebih prihatin. Berdasarkan pemerhatian saya, ada di kalangan masyarakat kita berlaku kasar terhadap anjing, misalnya mencederakannya tanpa sebab atau mempersenda haiwan tersebut.” “Situasi itu membuatkan saya bimbang dengan perilaku masyarakat kita. Oleh itu, saya tak mahu apa-apa yang tak diingini akan terjadi kepada anjing dan masyarakat kita di masa akan datang. Dan saya bukan menganjurkan acara tersebut bertujuan untuk mempromosikan anjing sebagai haiwan peliharaan buat semua. Saya hanya mahu

masyarakat kita hormat dan melayan dengan baik setiap haiwan khususnya anjing. Akan tetapi, ada yang kurang faham juga mengatakan program tersebut tidak bermanfaat. Malah, kononnya akan mempengaruhi minda masyarakat kita (secara negatif).”

“Sebarang bentuk kecaman yang pernah dialami, turut membuatkan saya terfikir bahawa masyarakat kita masih sensitif terhadap isu mengenai agama. Walaupun kita telah melangkah ke zaman moden, masih ada beberapa isu yang larang dipersoalkan secara terbuka. Berdiam diri adalah solusi terbaik untuk tidak dikecam orang lain. Tetapi, sampai bilakah orang kita nak berubah?”

Dalam kesempatan perbualan kami, Syed Azmi berkata dia akan melancarkan program yang diasaskannya pada penghujung tahun 2017. Beritahunya ringkas, dia amat teruja dengan projek baru tersebut juga pada masa sama, bimbang dengan cabaran yang bakal ditempuhinya. “How’s your family’s reaction about this?” “Keluarga saya bimbang dengan transisi tersebut. Kata mereka, karier seperti ini tidak begitu menguntungkan, but they see me happy doing it. I guess they are OK

with it. Buat masa ini, saya bersyukur dengan masa dan kesihatan yang telah dikurniakan Tuhan. Inilah dua faktor yang tidak boleh saya hidup tanpa. Nikmat hidup yang lain telah puas saya lakukan semasa muda. Dan ia bukan lagi menjadi kepentingan saya sekarang.”

Kala kesungguhan Syed Azmi menganjurkan program amal, terdapat lontaran komen negatif oleh netizen yang diterimanya. Ujarnya, beberapa komen negatif yang ditujukan kepadanya pernah membuatkannya rasa sedih dan kecewa. “Yang paling menyentuh emosi saya ialah pabila terdapat individu yang menyerang keluarga dan agama saya. Ada yang berkata, mak bapa tak ajar ke? Dan banyak lagi. Jujurnya, ia melukakan hati dan perasaan saya.”

Biarpun terkadang duka dan perit Syed Azmi dalam menyebarkan mesej positif kepada masyarakat Malaysia, katanya terdapat beberapa momen yang dianggap sebagai pencapaian terbaik padanya.

Jelasnya, “Saya berpuas hati pabila mendapati ada beberapa golongan dan individu yang menjadikan projek amal saya sebagai rujukan. Kemudiannya, mereka menganjurkan program dengan konsep yang sama. Ini merupakan satu usaha amat saya sokong. Bukan apa, saya mahu program-program sebegini, misalnya, Free Market, Free Canteen, dan sebagainya akan berterusan sampai bila-bila.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.