Sakitnya Tu, Di Sini

Begitu mencabar dugaan ibu bapa pabila anak kecil mereka jatuh sakit atau demam

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Pernah dengar orang cakap ‘kalau boleh dipindahkan sakit anak aku, pindahkanlah sakit itu pada aku’ atau ada juga yang cakap ‘nyamuk pun aku tak bagi gigit anak aku, inikan pula orang yang nak sakitkan anak aku’. Itulah tanda betapa dalamnya kasih sayang seorang bapa atau ibu itu pada anaknya.

Sekarang bila dah jadi bapa, bila dah kendong anak sendiri dari hari pertama dia lahir, baru aku benarbenar faham perasaan yang hadir berserta dengan ungkapan-ungkapan itu. Kalau sebelum ini bila orang cakap sayang anak, kita iakan saja. Yang kita faham, lumrahlah seorang ibu atau bapa untuk sayangkan anaknya tetapi selagi tak melaluinya, kita tak rasa perasaan sayang tu macam mana.

Biasalah, anak kecil, belum tahu bercakap lagi, yang dia tahu, menangis saja. Nak makan dia nangis, panas dia nangis, sejuk dia nangis dan sakit pun dia nangis. Untuk ibu bapa yang tiada pengalaman macam aku ni, semua situasi itu kena hadapi dengan konsep trial and error. Sampailah satu ketika, aku bawa Noah balik rumah mak aku. Mak aku dah pesan, masa tu memang musim banyak nyamuk. Kena pasang dua atau tiga ubat nyamuk satu bilik. Aku ambik tak endah je, sebab aku fikir, aku dah biasa dengan bilik aku tu dan dah tahu keadaannya dengan nyamuk-nyamuk tu. Sehinggalah esok pagi tu aku tengok anak aku merah-merah kulit dia digigit nyamuk. Aku dengan isteri biasa je, ada la satu atau dua gigitan.

Memang kalau fikir balik, nyamuk je pun, tapi masa itu jugalah kau teringat kes-kes demam denggi dan segala jenis demam dan sakit bawaan nyamuk. Berderau darah bai, cakap lu! Rasa macam masa tu juga nak pergi test darah anak aku. Tapi anak aku

happening je, tak ada demam, tak ada apa. Ceria dan aktif seperti biasa.

Malam kedua, sebagai langkah berjaga-jaga, kami pasang kelambu.

Last aku tidur pakai kelambu masa aku Form 4 dekat asrama. Nasib baik kelambu sekarang jenis pop-up macam khemah camping tu. Dah tidur dalam kelambu pun tetap juga kami berdua tak senang, sekali- sekala anak tu dijenguk, nak dipastikan tak ada nyamuk. Sampai tahap macam tu sekali.

Kejadian kedua, Noah demam lama. Sebelum- sebelum itu, Noah kalau demam paling lama pun dalam tiga atau empat hari tapi kali ini dua minggu lamanya dia demam. Bermula dengan jangkit daripada sepupunya masa kami balik kampung, demam dia on and off tapi tak surut- surut. Ubat pun habis dah dua atau tiga kali

top-up, sampai Noah pun dah tak nak makan ubat, mengamuk setiap kali tiba masa makan ubat. Jenuhlah pujuk dia everytime. Bila pujuk tak jalan,

step seterusnya, paksa rela. Dalam tempoh dia demam tu, memang macam-macam berlaku. Kalau tak silap, tiga kali suhu badan dia naik sampai 40 darjah. Terus kami bawa dia pergi hospital. Doktor tak cakap banyak, terus sumbat ubat bontot. Dua puluh minit kemudian, Noah yang sebentar tadi lembik terkelepek tiba- tiba jadi segar bugar.

Setiap kali bawa ke hospital, kami ingat dia akan kena tahan wad tapi Alhamdulillah tak perlu lagi lalui pengalaman itu. Lepas-lepas tu, aku buat sendiri masukkan ubat bontot tu. Mula-mula kekok juga, nak kena potong setengahlah, kena basahkan dulu, dalam kalut-kalut tu, si Noah yang kami dah bogelkan atas katil kami, melepaskan buangan warna hijau yang sangat banyak. Istighfar jelah.

Dalam tempoh itu juga, dua kali jugalah Noah kena ambil nebulizer. Kali pertama tu dia macam kagum dengan proses tu tapi lama-lama, bila asap dah berkepul-kepul keluar, dia dah mula rimas. Meraung-raung tak nak sedut gas tu, padahal tak adalah sakit pun.

Lepas neb untuk kali yang kedua, barulah batuk dan kahak dia surut. Kali kedua ni pun drama juga. Budak yang masuk sama- sama dengan dia ambil neb, daripada berani tak nangis tapi bila dengar dan tengok si Noah ni macam gila meraung, dia pun join sekali meraung. Serius, masa tu aku rasa bersalah dengan parents budak tu.

Kalau masa kita yang dewasa sakit ni pun, kadang-kadang kita rasa kita macam tak mampu nak menanggungnya, bayangkanlah untuk budak yang tak tahu apaapa. Jangankan nak beritahu dia sakit, dia tengah sakit pun dia tak tau. Cubalah tengok budak-budak yang demam, selagi ada tenaga, selamba je dia main walaupun badan tengah panas.

Tapi itulah, rasa sayang tu, buat kita sentiasa doakan anakanak kita ini sentiasa sihat dan membesar dengan sempurna. Harap-harap bila kita tua nanti, dia akan jaga kita dengan cara yang sama.

Nyamuk je pun, tapi masa itu jugalah kau teringat kes- kes demam denggi dan segala jenis demam dan sakit bawaan nyamuk. Berderau darah bai, cakap lu!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.