Annabelle: Creation

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS GAYA HIDUP - Direktor: David Sanberg Pelakon: Stephanie Sigman, Talitha Bateman, Lulu Wilson & Anthony Lapaglia •••

Bagi pengikut filem generasi baru, filem seram Annabelle termaktub menjadi kegemaran dan tayangannya di pawagam bikin sebutan ramai. Bermula dari siri filem The Conjuring, Annabelle turut menerima tempias populariti sehinggalah ia diterbikan sebagai filem sendiri.

Pada saya, Annabelle: Creation kurang menyerlah. Terdapat beberapa kekurangan yang membuatkan saya rasa kurang puas hati.

Annabelle: Creation merupakan perbaikan dari filem Annabelle sebelumnya yang dihasilkan pada 2014. Filem ini hadir menceritakan asal boneka Annabelle yang dicipta oleh Samuel Mullins.

Lelaki ini tinggal bersama keluarga kecilnya yang terdiri daripada seorang isteri dan anak perempuan kecil bernama Bee.

Pada awal cerita, kemesraan keluarga tersebut musnah setelah Bee meninggal dunia. Akibat itu, pasangan Mullins mengasingkan diri dari semua orang. Lalu mereka menerima kunjungan enam anak yatim piatu dan seorang penjaga panti asuhan yang baru sahaja ditutup, untuk tinggal di rumah mereka.

Dua kanak-kanak perempuan bernama Janice dan Linda bertindak sebagai pelakon utama yang merupakan alasan saya untuk terus menonton kesudahan Annabelle: Creation. Persahabatan mereka berdua banyak menyentuh emosi saya. Seperkara

saya kagum tentang francais Annabelle, pihak penerbitan bijak memilih pelakon-pelakon kanakkanak untuk membintangi filem-filem tersebut. Bakat dan kesungguhan setiap pelakon kanak-kanak amat mengagumkan dan jiwa berlakon mereka jelas terpancar. They are adorable too.

Walau bagaimanapun, sajian kisah seram dalam Annabelle: Creation kurang menangkap saya. Walhal, Annabelle: Creation disutradarai oleh David Sandberg yang juga mensutradarai filem Lights Out tahun lalu. Sandberg benarbenar mahir urusan menciptakan seram. Tetapi, kali ini hanya adegan mengejut yang biasa-biasa lebih banyak dipaparkan. Ringkasnya, nothing to be scared of.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.