SIMBOL KUALITI UNGGUL

GLAM Lelaki (Malaysia) - - PROMO -

Antara jenama yang sinonim dengan prestij dan keunggulan, nama BMW itu sahaja sudah cukup untuk meyakinkan anda pada kualiti suatu rekaan dan pembuatan. Edisi keluaran Ice-Watch iaitu Ice-Watch BMW Motorsport kini lebih komprehensif dengan pelbagai jenis model yang menarik. Rekaan koleksi premium ini pasti akan memikat para penggemar sukan motorsport. Setiap model menyerlahkan case diperbuat daripada keluli 316 L dengan rekaan bezel menyerupai rim roda dan dail yang dibentangkan seperti papan pemuka kereta. Logo BMW duduk megah di posisi angka 12. Diperbuat daripada material yang berkualiti tinggi, gelang tangan jam ini pula dikemasi interior kulit dwi-warna, digarap persis warna kereta BMW.

Menjelma dalam kronograf bersaiz 48mm dan 57mm dalam rangkaian warna yang sofistikated, jam edisi Ice-Watch BMW Motorsport cukup versatil untuk digayakan tatkala momen kasual mahupun acara formal. Yang pasti, pesona maskulin dan reka bentuknya yang kukuh menjadikan aksesori ini pelengkap gaya si jejaka bercita rasa tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.