BURBERRY X KRIS WU

GLAM Lelaki (Malaysia) - - Fesyen -

Setelah sekian menjalinkan persahabatan, Burberry dan Kris Wu kembali melancarkan koleksi kolaborasi Burberry X Kris Wu. Dikarya oleh Kris Wu dan CCO Burberry, Christopher Bailey, rangkaian kolaborasinya ini semarak dengan kot trench ikonik Burberry yang menerima sentuhan peribadi Kris Wu.

Merangkumi 19 helaian, Kris Wu dan Christopher Bailey menawarkan sweatshirt, sweatpants, dan hoodie yang berhiaskan tulisan dari lirik lagu dan tatu Kris Wu yang cukup peribadi padanya. Helaian luar seperti jaket kulit biker dan kot trench yang menangkap esen Inggeris, mendukung identiti asal Burberry. Tak ketinggalan kemeja dan t-shirt dengan motif checked khas Burberry, termasuk aksesori seperti topi dan beg rucksack. Merayakan koleksi ini, Kris Wu turut menerbitkan lagu baru bertajuk ‘B.M’ yang bercerita pengalamannya bekerjasama dengan rumah fesyen Burberry.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.