IMPAK #METOO

GLAM Lelaki (Malaysia) - - Ikonik -

Disebabkan keberanian mangsa serangan seksual berkongsi kisah duka mereka secara terbuka, terdapat individu-individu ternama lain yang tak diduga tampil meluahkan kisah mereka pula. Ada juga si pelaku yang tampil memohon maaf secara online atas kelakuan mereka yang dianggap tak bermoral terhadap individu tertentu.

BEN AFFLECK

Pada 11 oktober 2017, Ben Affleck memohon maaf kepada pelakon bernama Hilarie Burton melalui Twitter. Kerana pernah melakukan gangguan seksual ke atasnya ketika menghadiri program Televisyen Total Request Live pada tahun 2003.

NICK CARTER

Nick Carter terkejut dan kesal dengan tuduhan yang diterima oleh penyanyi bernama Melissa Schuman. Melissa berkata dia dirogol oleh Nick Carter pada 15 tahun dahulu. Tambah Melissa lagi, dia dipaksa oleh Nick Carter untuk melakukan aksi seks bersamanya.

ANDREW KREISBERG

Andrew Kreisberg, 46 tahun, pengarah eksekutif CW, telah diberhentikan kerja oleh pihak pengurusan Warner Bros. Dia menerima tuduhan oleh beberapa individu termasuklah empat lelaki yang mengatakan Andrew Kerisberg pernah melakukan gangguan seksual dan hubungan fizikal yang tidak sopan terhadap mereka.

KEVIN SPACEY

Kevin Spacey merupakan antara nama besar Hollywood yang tak dijangka menerima tempias gerakan #metoo. Bermula dengan tuduhan oleh pelakon Anthony Rapp, kemudiannya muncul nama-nama lelaki lain yang turut menuduh Kevin Spacey dengan mengatakan dia melakukan serangan seksual kepada mereka. Dengan tuduhan yang bertubi-tubi, Kevin Spacey mengejutkan dunia hiburan dengan pengakuannya sebagai lelaki homoseksual. Tuduhan tersebut telah mengakibatkan dia diberhentikan segera dari berlakon program Netflix, House Of Cards.

LOUIS C.K.

Komedian Louis C.K. dituduh pernah melakukan serangan seksual terhadap beberapa wanita dengan melakukan onani di hadapan mereka. Pada mulanya, Louis C.K. mengatakan ia satu tuduhan dan hanya khabar angin. Kemudiannya, dia mengaku pernah melakukan perkaraperkara tersebut dan meminta maaf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.