ABIM ANYU MASILA MANI

GLAM Lelaki (Malaysia) - - Fesyen - (Sebagai ‘Muthu’)

Seperti pelakonpelakon utama yang lain, Abimanyu Masilamani, 28, berpeluang mengambil bahagian dalam siri bengkel kelolaan Kumpulan Enfiniti bermula Jun 2017, yang melibatkan proses penulisan skrip, konsep, lakonan, tarian juga latihan bola sepak. Namun, pabila tibanya sesi uji bakat pada bulan Ogos, Abi sebenarnya tidak berniat untuk menyertai produksi Muzikal OlaBola. “Jujurnya, saya hadir ke uji bakat untuk memberitahu mereka saya tidak dapat turut serta disebabkan oleh komitmen kerja yang lain,” jelas Abi. “Tapi bila sudah sampai di sana, I just had to do it. Saya tiada persediaan langsung jadi untuk audition saya, saya persembahkan monolog yang saya pelajari semasa bengkel dulu dan menyanyikan satu lagu old school soul.”

Abi bukanlah orang baru dalam dunia persembahan. Seorang vokalis genre R&B, soul dan muzik klasikal India, Abi pernah mendukung watak-watak penting dalam produksi seperti Muzikal P. Ramlee, Seussical The Musical dan Sand The Musical. Malah, dia juga pernah menerima anugerah paling berprestij dalam industri teater tempatan, iaitu Boh Cameronian Arts Award (2016) dalam kategori Persembahan Terbaik (Watak Utama).

Tapi, biarpun sudah biasa berlakon dalam muzikal, Abi mengaku kurang mahir dalam aspek tarian. “Dancing is not one of my strong points, haha!” Abi berbicara. “Itu mungkin bahagian paling mencemaskan bagi saya ketika uji bakat. Saya perlu masa lebih sikit untuk belajar steps. Mujurlah kami punya pereka tari dan sesi latihan yang bagus. Mereka bijak mengenali kelemahan saya dan memberi solusi untuk mengatasinya.”

CERITAKAN SEDIKIT TENTANG WATAK KAMU.

‘Muthu’ datang daripada keluarga yang susah, dan bekerja keras untuk sampai ke tahapnya. Saya turut membuat kajian atas mendiang Datuk R. Arumugam, inspirasi di sebalik karakter ini. Beliau pun dari asalusul sederhana. Banyak pengorbanan, juga banyak pencapaian. Jadi, melalui produksi ini, saya berharap kami boleh memperingati orang ramai tentang suatu peristiwa yang mungkin kita sudah lupa kini.

ADAKAH HASIL KAJIAN ITU MENYENTUH HATI KAMU SECARA PERIBADI?

Ya, kerana saya pun dari asal-usul yang susah. Kurang sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan, terutamanya untuk orang Asia yang mahu menjadi anak seni. Sama juga dengan watak-watak yang kami pegang ini, bukan ‘Muthu’ sahaja.

People telling them ‘no’, not believing in them… namun akhirnya mereka menang juga dan berjaya menjadi who they were. Dan dalam kajian saya, saya dapati mereka sentiasa menolong orang lain. Walaupun sudah bersara, masih aktif menjadi jurulatih di kelab bola sepak, mengasah bakatbakat muda, dan membuat pelbagai kerja amal.

DO YOU PLAY FOOTBALL?

Ya, tapi saya taklah sehebat mana pun, haha. Malah, kami tengah menjalani boot camp bola sepak sekarang. Setiap minggu kami ada perlawanan, kemudian berjumpa dengan pereka tari untuk memperbaiki apa yang patut. Sebab saya bukanlah goalie seperti ‘Muthu’. Apabila saya mahu selamatkan bola, saya akan lompat dan terus crash, you know? Jadi mereka pun mengajar saya cara yang

“MELALUI PRODUKSI INI, SAYA BERHARAP KAMI BOLEH MEMPERINGATI ORANG RAMAI TENTANG SUATU PERISTIWA YANG MUNGKIN KITA SUDAH LUPA KINI.”

betul untuk melompat dan jatuh, seperti penjaga gol sepatutnya.

ISTIMEWANYA MUZIKAL INI?

Inilah produksi teater muzikal paling grand di Malaysia setakat ini. Kumpulan Enfiniti sentiasa mencipta produksi terbaik. Ini juga satu penceritaan sejarah kita, sejarah yang kian diupakan. Dan orang kita masih kurang menyokong industri teater, mungkin kerana kurang mengenali teater. Jadi kami cuba untuk menyemarakkan lagi minat terhadapnya. Bak kata Altimet, inilah kali pertama rapper dibenarkan beraksi di Istana Budaya.

So we’re breaking barriers and changing the way we do things.

PENGAJARAN TERPENTING DARIPADA PENGALAMAN KAMU?

Dua perkara: menari, dan bola sepak.

JADI AUDIENS NANTI

TAK MUNGKIN NAMPAK KELEMAHAN KAMU DI SITU?

Tak mungkin. Sebab itu namanya skil berlakon, haha!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.