Promo

GLAM Lelaki (Malaysia) - - Contents -

Dianugerahkan dengan resort mempunyai kolam mandi terbanyak (Malaysian Book of Records), Grand Lexis Port Dickson terletak berdekatan dengan bandar Port Dickson. Hotel 5 bintang ini direka dengan rekaan Bali Tropical dimana setiap 317 villa dilengkapi dengan kolam mandi persendirian.

Mempunyai 4 restoran yang menyediakan kepelbagaian makanan, tidak kira lokal mahupun antarabangsa serta makanan pub. Roselle Coffee House menyediakan makanan sepanjang hari tidak kira makanan tempatan atau antarabangsa. Untuk aktiviti malam yang menyeronokkan, luangkan masa di Lanun Bar dimana anda dapat menonton persembahan live band. Untuk citarasa oriental, Umi Japanese Restaurant menyediakan makanan Jepun dengan suasana selesa.

Selain daripada kolam mandi yang direka cantik, hotel ini juga mempunyai kolam mandi kanak-kanak berserta gazebo. Kawasan berpasir, terletak bersebelahan Tower Block, sesuai untuk aktiviti seperti bola sepak pantai, bola tampar mahupun aktiviti team building.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.