Think Pink

Fesyen serta stail buat pakaian lelaki sering berubah secara berperingkat dalam jaringan filtrasi warna. Musim ini tunjang asas warna merah jambu dijadikan sebagai center of attention di kalangan warna dasar yang lain.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - Contents -

Kembali pada abad ke-19, warna merah jambu sebenarnya adalah warna yang dikaitkan dengan maskuliniti – kanak-kanak lelaki biasanya dipakaikan pakaian berona merah jambu pada usia kecil. Merah jambu berasaskan warna merah, yang dianggap lebih agresif dan gagah berbanding warna-warna lain. Namun, sekitar 1940-an, stigma dan prejudis terhadap pemakaian warna merah jambu untuk golongan Adam mula mendidih. Setelah Hitler memaksa golongan homoseksual dalam tahanannya memakai lencana pink triangle semasa Perang Dunia II.

But, hey, this is now 2018. We have evolved.

Pada awal tahun 2016, trend warna ini sudah menjadi kebiasaan buat kebanyakan pria. Memetik kata daripada editor menswear majalah Farfetch, Tony Cook, “Memakai pakaian merah jambu secara automatik menceritakan kepada orang ramai bahawa anda punya karakter yang yakin.” Lupakan asosiasi pink dengan nilai feminin. Kerana memilih warna yang sesuai dengan nada kulit dan menggayakannya dengan kemas sudah cukup untuk meletakkan satu statement yang kuat dan jelas. Untuk musim bunga 2018, rumah fesyen Versace memberikan penampilan rona merah jambu milenial menegaskan bahawa pria urban kini mampu untuk membawa warna dalam kumpulan palet rona lembut tanpa menjejaskan sifat maskulin seseorang jejaka. Dalam pada itu, filem The Great Gatsby (2013) menaikkan lagi martabat warna ini apabila Leonardo Dicaprio yang berlakon sebagai Jay Gatsby memakai warna pink lembut dalam pakaian lengkap 3 piece suit, langsung melupuskan stigma bahawa jejaka tidak mampu kelihatan segak apabila mengenakan warna yang distereotaipkan sebagai kepunyaan kaum Hawa.

Penggunaan ragam lembut dalam seleksi musim bunga 2018 telah menjadi satu trend yang berjaya merubah persepsi status quo. Lelaki juga mampu dan patut memiliki salinan dalam palet lembut ini kerana ia telah menjadi sebahagian daripada fesyen lelaki. Tahun ini adalah masa yang sesuai untuk para lelaki lebih berani untuk mengumpul serta gayakan dengan cara yang tersendiri dengan mengikut rona kulit masing-masing.

Leonardo Dicaprio menggayakan suit pink dalam The Great Gatsby

Pemakaian bayi lelaki abad Ke-19

Drake menggayakan jersi serba pink

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.