Inspirasi Warisan Silam Nan Berharga

Ceritera keunggulan Bell & Ross berusul dari komponen kokpit pesawat. Langsung didorongkan dengan hasrat untuk menggarap jam tangan yang berpaksikan instrumen laman kejuruteraan penerbangan. Terus menjadi titik rujukan utama ketepatan, keutuhan serta kete

GLAM Lelaki (Malaysia) - - Contents -

Dalam hanya satu abad, lapangan kejuruteraan pesawat bercambah maju dari pesawat biplane saudara Wright ke pesawat Rafale. Tanpa menghiraukan teknologi era juga peranti kala itu, jam tangan senantiasa menjadi peneman yang berharga. Sekali gus membantu kru dengan navigasi serta operasi lancar untuk juruterbang. Kepentingan kejuruteraan aeronautikal menjadi lebih vital pabila pesawat terlibat dalam misi pertempuran. Inilah sebabnya mengapa jam tangan Bell & Ross mematuhi spesifikasi unggul serta tepat yang digarap khusus untuk angkatan tentera.

HERITAGE: SATU KONSEP TRANSVERSAL

Warisan ketukangan antara jam tangan Bell & Ross masa kini dan terdahulu adalah cemerlang lagi gemilang. Teringat kembali waktu jenama ini membentangkan satu koleksi pada tahun 2009 di mana ia menekankan era yang berharga dalam sejarah penerbangan. Maka, apakah nama yang sesuai selain Heritage? Punya fitur distingtif lagi tersendiri, koleksi BR Heritage menyatukan modelnya dari segi rekaan juga fungsi yang bervariasi dalam satu konsep yang sama. Bermuka empat segi, bulat, three-hand atau kronograf, kesemuanya berkongsi ciri-ciri bagi mentafsirkan peredaran masa menerusi warna atau patina yang berpaksikan sensasi vintaj. Terima kasih kepada impak estetik ini, di mana kombinasi angka berona kuning air pada latar dail hitam yang direka oleh Bell & Ross, berjaya mempertontonkan gaya ikonik dalam laman pasaran arloji. Kini, koleksi flagship ini mentakrifkan siri baru menerusi BR V2-92 dan BR V2-94 Steel Heritage.

KARYA TERKINI YANG DIPERKAYA DENGAN SEJARAH

Sejak 2009 lagi, Bell & Ross memberi penghormatan kepada jam tangan poket yang digarap waktu Perang Besar dan instrumen penerbangan dari tahun 1940-an. Hari ini, koleksi Vintage memasuki generasi ketiga, langsung garapan model-model terbaru ini memperlihatkan reka bentuk yang lebih matang. Masih mengekalkan sentuhan ikoniknya, versi terbaru ini ditampilkan dalam dail hitam ikonik dengan angka 12, 3, 6 dan 9 dalam rona kuning air. Sebagaimana ia berlanjut usia menerusi patina masa. Menerbitkan masa silam dan dalam pada masa yang sama kepunyaan era moden hasil kecanggihan teknologi terkini serta material pembuatan yang menggabungkan prestasi tinggi berspirit retro. Olahan butiran terbaru termasuk case keluli bersalut kemasan satin yang sedikit kecil dari diameter 41mm, ditampilkan punat tolak dan crown berskru bagi memastikan ia kalis air. Cuping jam dihadirkan membulat bagi memadankan gelang tali logam baru dengan jalinan halus untuk pemakaian yang selesa pada pergelangan tangan, terus ia disempurnakan dengan kristal nilam dengan kemasan ultra melengkung bagi membangkitkan gaya vintajnya. Diilhamkan oleh elemen instrumen dari tahun 1960-an, BR V2-92 dan BR V2-94 Steel Heritage menyukat masa dengan tepat dan utuh sementara memupuk sensasi retro dengan semangat vintaj berkonsepkan warisan yang unggul di hati.

“DIILHAMKAN OLEH ELEMEN INSTRUMEN DARI TAHUN 1960-AN, BR V2-92 DAN BR V2-94 STEEL HERITAGE MENYUKAT MASA DENGAN TEPAT DAN UTUH SEMENTARA MEMUPUK SENSASI RETRO”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.