Debut Nadi Amerika

GLAM Lelaki (Malaysia) - - Contents -

Jenama jam tangan berpangkalan di Amerika, Bulova kini hadir buat pasaran tempatan. Tidak asing lagi di kalangan pencinta arloji, Bulova terkenal dengan inovasi yang luar biasa serta punya kredibiliti tepat juga punya susuk reka bentuk yang mempesonakan.

Oktober lalu, Bulova memilih gedung serbaneka, ISETAN The Japan Store sebagai lokasi selanjutnya di bumi Asia Tenggara. Malaysia dipilih sebagai negara pilihan bagi pelancaran jenama jam tangan ini kerana pasaran arloji yang semakin meningkat selain punya kelompok permintaan yang tinggi. Bulova bukan hanya dinilai sebagai jam tangan malah ia juga dijulang sebagai ikon yang sukses. Diasaskan oleh Joseph Bulova pada tahun 1875, jejak ini memulakan bisnesnya sebagai tukang barang kemas. Namun, bukanlah yang disajikan untuk pasaran mewah. Tahun 1911, Bulova melangkah maju dengan memperkenalkan jam tangan poket lalu membina kilang jam tangan di Biel, Switzerland pada tahun 1912.

Terus, suksesnya memperkenalkan seleksi jam tangan di pergelangan tangan lelaki pertama pada tahun 1919 langsung mengukuhkan kedudukan dengan menjadi must-have item kala itu. Tidak lupa juga, usaha jenama ini mempersiapkan balai cerap di atas bumbung bangunan pencakar langit di New York bagi menentukan masa universal yang tepat. Kini berpangkalan di kota New York dengan lapan pejabat antarabangsa dan 65 saluran pemasaran di seluruh dunia. Hari ini, Bulova didorong dengan prinsip ketukangan, inovasi dan teknologi yang sama mengilhami pengasas mereka lebih daripada 140 tahun yang lalu. Komited untuk memajukan seni pembuatan jam dengan reka bentuk yang luar biasa, teknologi berprestasi tinggi eksklusif dan kualiti yang berterusan bagi memperkukuhkan tradisi kecemerlangan serta memenuhi keperluan pengguna global hari ini.

Himpunan Klasik ilham Bulova adalah salah satu representatif yang menyanjung susuk rekaan vintaj selain berpaksikan ketukangan yang cemerlang dengan estetika perincian yang sofistikated. Nada halus logam dilembutkan dengan paduan elemen yang pelbagai dari segi rona serta material yang digunakan. Selain itu, menggabungkan fungsi seperti hari dan tarikh juga paparan indeks yang diperkemas dengan butiran berlian bagi membias keanggunan abadi dalam setiap persalinan si pemakainya.

“SATU REPRESENTATIF YANG MENYANJUNG SUSUK REKAAN VINTAJ SELAIN BERPAKSIKAN KETUKANGAN YANG CEMERLANG”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.