“Buat Anak Je Pandai, Jaga Anak Tak Reti”

Antara cabaran ibu bapa mengharungi dunia yang dipenuhi juri dan hakim.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - Contents -

SSusah jadi ibu dan bapa berbangsa Melayu dalam masyarakat yang ramai para hakim yang arif lagi bijaksana. Aku cakap macam ni sebab barubaru ni, aku terbaca keluhan seorang netizen mengenai cara ibu bapa zaman sekarang mendidik dan menjaga anak. Ramai pula yang bersetuju dengan keluhan dia tu dalam ruangan komen yang, pada aku, adalah berat sebelah.

Pendek cerita, apa yang dikeluhkan adalah hasil daripada pemerhatiannya terhadap satu keluarga yang duduk makan di sebelah meja dia. Ceritanya anak kepada pasangan ini makan bersepah-sepah. Makanan berterabur atas dan bawah meja. Bila selesai makan, sekeluarga ni berlalu pergi meninggalkan makanan yang bersepah-sepah itu.

Jadi netizen ni tak berpuas hatilah sebab meja makan itu dibiarkan bersepah. Katanya ibu bapa anak itu tidak bertanggungjawab, tidak mengajar anak dia tatacara makan di tempat awam. Status dia pendek saja, aku tak pastilah kedai makan tu kedai tomyam tepi jalan atau restoran mewah. Atau mungkin juga restoran itu restoran kegemarannya, jadi dia tak boleh tengok restoran tu bersepah. Tak ada juga dia berkongsi umur anak ni tapi kalau dah makan bersepah tu, aku rasa mesti anak kecil, bawah 5 tahun, mungkin juga bawah 2 tahun. Paling aku rasa panas, tak ada dia sebut bangsa apa pun tapi ada pula tukang komen yang terus melabel, ‘ini mesti keluarga Melayu’.

Memang mood defensive aku terus on mencanak. Sudahlah ada anak kecil, Melayu pula lagi, memang saja nak cuit hati nurani ini, haha… Tapi kena cool. Buat apa nak bergaduh-gaduh dekat FB, menang bukan boleh dapat jongkong emas pun.

Sejak berkeluarga ni, aku memang tak boleh terima kalau ada komenkomen pasal keluarga beranak kecil dan aku perasan kebanyakan komen, datang daripada mereka yang single. Paling aku tak boleh terima bila ada yang mengungkapkan, ‘buat anak je pandai, jaga anak tak reti’. Senangnya jadi hakim.

Suatu masa dulu, masa aku single, aku ada pemikiran yang sama. Aku memang tak boleh tengok anak-anak kecil berlari ke sana-sini menjeritjerit dan mak bapa dia buat relaks je. Memang bikin panas dan memang masa tu, aku labelkan para ibu bapa ni, tak reti jaga anak. Sekarang, bila aku dah ada anak sendiri, baru aku faham apa yang sebenarnya berlaku. Hakikatnya mereka anak kecil, memang sifat mereka sentiasa bermain, buat bising, berseronok dan buat sepah. Itu tandanya mereka sedang menerokai dunia sekeliling mereka. Kita tak boleh mengharapkan anak-anak ini duduk diam sambil mendengar kita yang tua-tua ni membincangkan isu-isu semasa.

Anak kecil makannya memang bersepah, dia masih belajar menggunakan sistem motornya. Walau macam mana kau ajar dia adab di meja makan pun, dia tetap akan makan bersepah. Ada juga yang berpendapat, ibu bapa budak tu kena kemas balik apa yang anak dia sepahkan. Entahlah, tak ada pula aku nampak orang dewasa kemas makanan mereka yang jatuh atas meja atau bawah meja. Kadangkadang yang jatuh bawah meja tu, dia sepakkan saja pada kucingkucing liar.

Aku tak nafikan ada juga sejenis pasangan ibu bapa yang memang tak ambil tahu pasal anak. Biar je anak diaorang tu. Diaorang berdua sibuk dengan dunia masing-masing. Tambah-tambah sekarang ni dah zaman smartphone, sentiasa sibuk je masing-masing.

Tapi untuk melabelkan semua ibu bapa yang anaknya berlari-lari, melompat, buat bising, buat sepah sebagai ibu bapa yang tidak pandai jaga anak adalah tidak adil. Kita tak tahu apa yang pasangan itu lalui. Mungkin anak itu hyperactive, mungkin juga autistik atau pasangan itu masih lagi cuba mencari kaedah terbaik mendidik anak mereka. Kita tak berada di tempat mereka, jadi siapa kita yang nak hakimi mereka? Seperti kita yang tidak suka dihakimi, begitu juga mereka. Jangan terlalu yakin yang kalau kita ditempat mereka, kita akan mampu melakukan tugas dengan lebih baik. Aku juga berpemikiran sebegini dulu. Sekarang, aku malu sendiri. Hakikatnya, apa yang kita lihat di hadapan kita itu hanyalah yang tersurat. Hanya suku daripada keseluruhan bongkah ais di Lautan Atlantik. Kita tak tahu apa yang tersirat. Cuba faham dan bersangka baik sentiasa.

Lepas melalui beberapa pengalaman dengan Noah, aku ada satu teori ni. Kita ni, bila anak kita buat sesuatu perangai pelik tu, kita rasa comel sangat tapi kalau anak orang lain buat benda yang sama, mulalah kita rasa macam budak tu tak beradab. Sebab apa, simple je. Sebab kita kenal anak kita dan kita tak kenal anak orang.

“UNTUK MELABELKAN SEMUA IBU BAPA YANG ANAKNYA BERLARI-LARI, MELOMPAT, BUAT BISING, BUAT SEPAH SEBAGAI IBU BAPA YANG TIDAK PANDAI JAGA ANAK ADALAH TIDAK ADIL. KITA TAK TAHU APA YANG PASANGAN ITU LALUI”.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.