Deborah Henry

GLAM Lelaki (Malaysia) - - Contents - Teks, Penyelaras, Penata Gaya & Arahan Seni: Johan Kassim Gambar: Raisa Azzam Solekan: Emmg Agung Rambut: Juno Ko

Nama jelitawan ini makin dikenali pabila dipilih sebagai Miss Malaysia World pada 2007 dan Miss Malaysia Universe (2011). Setelah itu, kelangsungan karier Deborah Henry terus aktif dalam bidang peragaan, pengacaraan serta keprihatinan yang mendalam terhadap komuniti sejagat, nyata bukan seorang yang bersandar pada paras rupa semata. Deborah Henry meluangkan masa bersama GLAM Lelaki berkongsi perspektif tentang wanita, erti kebahagiannya dan lelaki masa kini.

Deborah Henry, wanita berdarah campuran ini seringkali dijadikan contoh tauladan serta idola ribuan wanita lain terutamanya buat yang mahu tampil cantik dan yakin dengan diri. Sebelum bertemu Deborah secara personal, saya mengikuti perkembangannya melalui paparan kisah di majalah dan rangkaian media sosial. Deborah turut aktif update Instagram dengan berkongsi aktiviti hariannya. Kejelitaan dan kecirian unik miliknya merupakan antara sebab dia kerap menghiasi lembaran fesyen, selain memiliki personaliti mudah didekati. Sebut namanya, pasti ramai yang mengungkap, “Oh, she’s beautiful.” “Oh, she’s lovely.” Semua yang baik-baik sahaja tentangnya.

Lebih daripada 10 tahun dalam industri seni, Deborah giat melunaskan minatnya dalam bidang ini dengan menceburi pelbagai cabang seni. Modeling, berlakon, mengacara, jurucakap produk, pereka fesyen, pereka aksesori, fasilitator, influencer, you name it.

Temu janji bersama Deborah dirancang beberapa hari selepas Miss Universe Malaysia 2018 dianjurkan. Dan tentunya, Deborah tak lepas peluang mahu menurut serta kemeriahan acara tersebut. Dengan kesibukan jadual kerja serta urusan peribadi termasuklah kini telah bergelar isteri orang, Deborah sudi meluangkan masa untuk duduk bercerita mengenai dirinya yang sekarang. Pada saya, Deborah bukanlah wanita yang bersandar pada paras rupa semata-mata. Meskipun, she’s always been photographed in beautiful dresses, Deborah realitinya wanita yang ringkas.

INSPIRASI RAMAI

Bagi yang tidak mengenali Deborah secara dekat, semestinya menganggap she’s a model dan sekadar bekas ratu cantik Malaysia. Stigma yang biasa terpalit pada golongan ratu cantik. Hakikatnya, Deborah lebih daripada itu. Usahanya dalam membantu kanakkanak pelarian, kegiatan kemasyarakatan dan aktiviti memperkasakan wanita patut dibanggakan. Menurut Deborah lagi, perihal tentangnya, dia seorang yang terkadang bersikap degil kerana dia tegar dengan kemahuannya.

“I’ve always been a strong-headed person. Sejak kanak-kanak lagi, kalau saya nak sesuatu itu, saya akan lakukan bersungguh. Sekadar berkongsi, ketika umur 17 tahun, saya berhajat ke kota London untuk mengembangkan kerjaya model. Oleh itu, saya berusaha yakinkan ibu dan bapa saya tentang hasrat saya tersebut demi masa hadapan saya untuk bergelar model berjaya. Kedengaran degil, tetapi saya percaya ia demi kebaikan saya.”

“Bukan degil, namun lebih kepada I know what I want. Dan sikap ini satu kelebihan buat saya. Bukan apa, dalam industri seperti ini akan ada teman-teman baru. Dan tak kurang juga yang akan bercakap kepada anda, “You should try this, you should try that, you must do this,” dan banyak lagi. Ada kalanya saya keliru. Saya akan dengar cadangan-cadangan seperti itu, tetapi saya akan turuti gerak hati dan fikiran saya. These two things need to be in control. Kalau tak, you akan keliru nak menuju ke arah mana.”

“Have you always been like this?” “Sejak

dari dulu lagi, kala menceburi bidang modeling. Saya dah tahu kemahuan saya dan ia seiring dengan bakat saya.”

“Hubungan saya dan ibu dan bapa ibarat kawan baik. Kami sangat rapat. Tentang saya dan perihal kerjaya, saya akan bercerita dengan mereka. Lebih lagi sewaktu masih muda. Bagi mereka yang terlibat dalam bidang seperti ini, ia penting untuk mendapat sokongan keluarga dan kawan-kawan. Kerana merekalah yang akan setia bersama anda untuk menyokong usaha anda,” ujar Deborah.

Deborah dilahirkan di Dublin, Ireland dan tiga bulan selepas kelahirannya, keluarga berpindah ke Malaysia dan membesar di sini. Ibunya asal Ireland, manakala bapanya anak Malaysia. Malaysia is home to her.

Punya latar belakang keluarga campuran, Deborah memberitahu budaya yang diamalkan keluarganya seimbang. Tak tertumpu pada satu budaya sahaja. Kombinasi budaya barat dan Asia diamalkan oleh keluarganya.

They took good things from each culture. “Keluarga saya bersikap terbuka dan kami dididik untuk tidak cepat menilai cara atau pembawaan orang lain.”

Semasa remaja, Deborah kurang menunjukkan minat dalam bidang peragaan khasnya. Malah lebih cenderung bersukan.

Sifat atletik Deborah sudah lama tertanam dalam dirinya dan hinggalah sekarang, Deborah masih giat melakukan aktiviti luar yang menyihatkan kala lapang. Berbasikal, yoga, berlari, riadah dan sebagainya. Masakan tidak, Deborah memiliki tubuh badan yang sihat, cergas dan tahan lasak.

BANTU KANAK-KANAK PELARIAN

“I never plan most of the things in my life. Termasuklah penyertaan pertandingan ratu cantik Malaysia. Lina Teoh dan Arianna Teoh antara yang mencadangkan kepada saya untuk cuba sertai pertandingan ratu cantik. Balas saya kepada mereka, tak mahulah. Dalam nak tak nak tu, saya masuk juga pertandingan ratu cantik. Haha! Banyak pengalaman yang saya timba sepanjang penyertaan tersebut. Pelbagai bentuk cabaran harus saya lakukan. Ia ternyata mendewasakan pemikiran saya,” tutur Deborah lagi.

Saya menyambung lagi, “Bagaimanakah kehidupan selepas Miss Malaysia World dan Miss Malaysia Universe? Berubah 180 darjah kah?” “Pada saya, penyertaan pertandingan tersebut berperanan sebagai landasan yang terbaik buat saya. Bukan peluang nak jadi popular atau terkenal. Tetapi untuk menyebarkan minat, keprihatinan dan inisiatif saya terhadap kerja-kerja sosial.”

“Sebelum bergiat secara serius dalam program kemasyarakatan, minat memang dah tersemat. Berita mengenai ‘human interest’, misalnya kisah orang susah, kemiskinan dan kesukaran hidup golongan tertentu tentunya menyentuh emosi saya. Saya mudah tersentuh dan sayu mendengar cerita seperti ini. Dan melalui penyertaan pertandingan ratu cantik, saya berupaya tarik perhatian media. Oleh itu, lebih senang kalau saya mahu berkongsi usaha dan keprihatinan khusus golongan kurang bernasib baik.” Bezanya Deborah sekarang dan sepuluh tahun dahulu, dia punya perspektif yang berbeza tentang kehidupan. Dulu hanyalah dimensi hitam dan putih sahaja. Sekarang lebih beragam. Deborah yang kini lebih matang dan menjalani kehidupan merasakan terdapat banyaknya aura negatif dalam konteks kehidupan masa kini.

“Life teaches you a lot of things. Kita sekarang hidup dalam dunia yang kuat menghakimi dan menilai orang lain. Tak dengar cerita sepenuhnya, dah tahu menilai apa sahaja. A lot of judgments among us. Dalam industri seni yang banyak cabaran ini, telah mengajar saya untuk tahu membuat keputusan sendiri. Tiada siapa boleh kawal dan tentukan pilihan saya. Setiap pilihan berpunca dari diri sendiri. The choices come from you.”

Tambah Deborah, pengertian gembira

tercipta berdasarkan pilihan tersendiri. Melalui pemerhatian Deborah, ramai di antara kita yang suka mengadu tentang kekurangan masing-masing. Susah sikit dah mengadu.

“Saya akui, perkara-perkara sekeliling yang terjadi banyak membuatkan kita mudah rasa cemburu, tak puas hati dan ‘insecure’. Tak pedulilah tentang apa sekali pun. And people keep on complaining about it. Dan saya rasa kecewa dengan senario seperti ini. Sebab apa, kala kunjungan saya ke tempat-tempat orang miskin, contohnya, India, Lebanon, Myanmmar dan banyak lagi, mereka jauh lebih susah daripada kita. Kesukaran mereka telah membuka mata untuk sentiasa bersyukur dengan kesenangan yang dimiliki. Ia membuatkan saya tersedar betapa bertuahnya kehidupan saya.”

Menyaksikan kesusahan orang lain di depan mata telah meningkatkan keprihatinan Deborah terhadap komuniti sejagat. Ini terbukti menerusi usaha Fugee School yang dimulakan sejak 2009. Deborah berkongsi lebih mendalam tentang projeknya bersama sahabatnya itu kepada saya. Ceritanya, “Segalanya bermula setelah saya bertemu dengan pelarian yang ditempatkan di Malaysia pada 2008. Saya tersentuh hati melihat kanak-kanak tidak mampu ke sekolah awam, manakala golongan dewasa tidak boleh bekerja.”

“Tiada lebih penting selain pendidikan dan kerana itu, saya mengasaskan sebuah sekolah untuk kanak-kanak pelarian. Sehingga kini, sekolah itu berjaya mendidik beratus-ratus pelajar,” ceritanya bersungguh. Sambung Deborah lagi, dia gembira pabila matlamat sekolah itu melahirkan generasi berkeyakinan tercapai. Tambahnya, tiada yang lebih menggembirakan selain melihat perkembangan positif dalam diri pelajarpelajar tersebut.

Perkembangan Fugee School disaksikan semakin baik kerana pelbagai usaha dan pertolongan pihak tertentu telah diterima. Bagi mengumpul dana lagi, Deborah turut melancarkan rangkaian aksesori yang bernama ‘Fugee-Lah’.

TENTANG LELAKI

Sambil giat menjalani Fugee School, Deborah turut pernah dijemput berkongsi pandangannya terhadap isu-isu tertentu melalui penganjuran worksyop dan sesi perbincangan terbuka. Melalui itu, dia mengambil peluang untuk membincangkan pelbagai topik termasuklah perihal memperkasakan wanita.

Deborah memberitahu, “Saya banyak memberi pandangan tentang topik memperkasakan wanita. Dan kalau nak tahu, saya tak sebutkan perkataan feminisme dalam ucapan saya. Sebab apa, perkataan itu sahaja sudah punya stigma dan tanggapan yang tak betul oleh segelintir orang kita. People judge the word feminism itself.”

“Kebanyakannya mentafsirkan feminisme itu sebagai golongan wanita nak menumpaskan kaum lelaki. Nak serang kaum lelaki. Segalanya yang negatif tentang lelaki. Sebenarnya, tidak. Ramai orang tersalah tafsir matlamat dan pengertian feminisme. Dan bukanlah bersifat ‘feminist’ itu bermaksud kaum wanita haruslah jadi agresif, kasar dan tonjolkan kekuatan hingga menggerunkan orang lelaki. It’s not that. Adalah penting untuk kita perbetulkan pemahaman tentang ‘feminism’ dan ‘feminist’.

Tahun lalu, Deborah mengumumkan perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Dr Rajiv Bhanot. Majlis perkahwinan yang diraikan di Udaipur, India berjalan mewah yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kawan rapat. Dengan itu, Deborah kini bergelar isteri orang. “How’s life after marriage?” “Seronok punya pasangan di samping kita. It’s really good to have someone. Tambahan pula, kehidupan saya lebih teruja kerana memiliki suami yang memahami, berkongsi minat sama dan kami ibarat kawan baik.”

Pandangan Deborah mengenai senario lelaki masa kini, katanya lelaki generasi baru semakin ekspresif, more in touch with emotions, saling menyokong dan semakin aktif menceburi bidang perniagaan pada usia muda. Pun begitu, Deborah berpendapat lelaki tak harus bersikap agresif dalam apa jua tindakan. Ego yang tinggi patut dikurangkan dan adalah lebih baik jika kaum lelaki dapat mengawal sesuatu kelakuan dengan rasa tenang.

“LIFE TEACHES YOU A LOT OF THINGS. KITA SEKARANG HIDUP DALAM DUNIA YANG KUAT MENGHAKIMI DAN MENILAI ORANG LAIN. TAK DENGAR CERITA SEPENUHNYA, DAH TAHU MENILAI APA SAHAJA. A LOT OF JUDGMENTS AMONG US.” – DEBORAH HENRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.