Western Boys

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INSPIRASI - KEMEJA & SELUAR CALVIN KLEIN JEANS KASUT COS

Label Calvin Klein menghidupkan lagi Minggu Fesyen New York. Kalau tak sebelum ini, tiada apa yang nak diperkatakan sangat tentang Minggu Fesyen New York. Sejak Raf Simons memimpin jenama ini, pembaharuan yang dipaparkan nampaknya ‘menjadi’ juga mewujudkan fenomena baru. Pengaruh koboi dan esen Amerika barat yang terlihat jelas. Adaptasi dari gaya ini terlihat pada poket, bentuk bahu besar, butiran pada warna, juga bersiluet tegas. Namun terlihat juga kecintaan Raf Simons pada material asas lelaki seperti denim hitam dan putih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.