SUMBER ASAS KEHIDUPAN

GLAM Lelaki (Malaysia) - - HOROLOGI - GL

MERAIKAN AIR SEBAGAI SUMBER KEHIDUPAN YANG PALING BERNILAI, ORIS MENERUSKAN MISI BAGI MEMBAWAKAN PERUBAHAN KE ARAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DENGAN JAM TANGAN EDISI TERHAD, ORIS SOURCE OF LIFE.

Sekalipun kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan secara global terus memupuk kesedaran serta memperjuangkan usahausaha yang jitu. Air di dunia terus diambang ancaman dek kecuaian, pengabaian juga pembaziran masyarakat sendiri. Hari demi hari, tahap pencemaran semakin beranjak meningkat. Maka, Oris dengan berbesar hati memperkenalkan Edisi Terhad Oris Source of Life. Rumah arloji ini mencedok inspirasinya menerusi Sungai Rhine yang mengalirkan sumber air kepada dunia lalu membuka bab baru dalam misinya untuk menghadirkan perubahan yang lebih baik. Jam ini dilestari berdasarkan susuk rekaan signatur jam tangan Oris Aquis Diver yang cukup bergaya. Selari dengan falsafah Oris menerusi ungkapannya ‘Go Your Own Way’, setiap modelnya dihasilkan dengan teras inovasi berprestasi tinggi. Juga punya reka bentuk yang berkualiti tinggi hasil kejuruteraan mengikut piawaian standard Swiss dengan harga mampu milik. Oris Source of Life Edisi Terhad ini juga mengiktiraf peranan air sebagai rantaian makanan, memelihara lantas menghubungkan kehidupan. Ia memfokuskan pada Sungai Rhine, kerana aliran air berhampiran desa Hölstein ini mengambil lokasi Oris sejak ditubuhkan pada tahun 1904. Sekali gus, juga kerana Orisbach yakni anak sungai kecil yang mana disanjung sebagai nama rumah arloji ini.

Case pada belakang jam tangan ini memaparkan ukiran timbul peta Sungai Rhine, yang mengalirkan sumber asas kehidupan sejauh 1,233km (766 batu) merentasi enam negara dari sumbernya di Lai da Tuma, atau Tomasee. Yakni sebuah tasik 2,343 meter di Pergunungan Alp Switzerland di kanton Graubünden, sehingga ke Laut Utara. Sungai ini sudah menjadi sumber utama kehidupan bagi mereka yang tinggal berhampiran sejak berabadabad yang lalu. Demikian, jam ini dicitrakan dengan fungsi berprestasi tinggi yang terkenal menerusi himpunan Aquis. Case keluli tahan karat berdiameter 43.5mm ini kalis air sedalam 30 bar (300 meter), dan ia ditampilkan bezel berputar sehala yang berlamankan tungsten kelabu dengan skala pemasa 60 minit bertujuan untuk

mengukur masa menyelam dengan selamat. Dikuasakan nadi pergerakan automatik, jam memaparkan komplikasi kontras dengan penunjuk tarikh diolah melingkari dail siap paparan hari dalam sebulan. Di dalamnya pula punya indikasi warna putih sebagai penunjuk tarikh yang berpusing menunjukkan tarikh dari 1 sehingga 31 hari bulan. Jam tangan in juga diolah dengan jarum lolipop untuk jarum saat serta kesemua indikasinya diberi kemasan biasan samaran cahaya Super-LumiNova®. Ini adalah perincian yang paling penting bagi keterbacaan yang tepat lagi jelas terus memenuhi syarat sebagai kelengkapan buat menyelam di dasar laut. Oris Source of Life Edisi Terhad disempurnakan sama ada bergelang logam keluli tahan karat atau tali getah kelabu. Keduanya punya kancing berlipat dari material keluli tahan karat yang digarap juga untuk keselesaan untuk dipakai bersama wetsuit. Bagi menggambarkan ketinggian di atas paras laut Lai da Tuma, jam ini dipersembahkan hanya 2,343 utas sama seperti ketinggiannya. Sekali gus, menjemput kita untuk menilai air dengan lebih baik. Water feeds, sustains and connects life, sampai saatnya kita meneliti nilainya yang sebenar.

“HADIR SAMA UKIRAN TIMBUL PETA SUNGAI RHINE SERTA NOMBOR EDISI TERHAD DIPAPARKAN PADA BELAKANG JAM”

SUNGAI RHINE

ORIS SOURCE OF LIFE EDISI TERHAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.