MEMULIHARA KULIT SENSITIF

GLAM Lelaki (Malaysia) - - HOROLOGI -

Oleh sebab faktor persekitaran seperti pencemaran udara, perubahan suhu dari berhawa dingin kepada kondisi panas dan lembap serta kekurangan penghidratan. Kulit menjadi sensitif dan tidak selesa, kering serta merekah. Guardian Malaysia memperkenalkan penyelesaian untuk kulit sensitif dengan rangkaian derma365 terbaru yakni Gentle Cleanser dan Gentle Lotion. Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit kering dan sensitif. derma365 adalah barisan produk yang terbukti secara klinikal dan dermatologi. Dirumus khas derma365 Gentle Cleanser dan Gentle Lotion adalah pH-seimbang dan hypoalergenik, berfungsi untuk melegakan kulit dan melindungi kulit dari persekitaran luaran yang sukar. Semua produk derma365 dirumus agar lembut pada kulit dan diformulasikan bebas daripada sabun, pewarna, wangian, MIT, paraben, lanolin, bahan-bahan yang berasal dari haiwan, minyak mineral, SLS dan SLES.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.