Bebas Kotoran Bersama Electrolux

GLAM Lelaki (Malaysia) - - FESYEN -

Mesin basuh Electrolux Perfect Steam mungkin kelihatan berbeza dengan mesin pencuci yang lain, perincian khas yang tersembunyi di dalam mesin itu turut menjadikannya unik. Keistimewaan itu terletak pada fungsi SmartBoost yang mencampurkan air dengan detergen tika prabasuhan, untuk menjamin agihan lebih sekata pada cucian agar pembersihan lebih konsisten. Malah, fungsi ini turut memastikan pelembut fabrik mahupun peluntur tidak tertumpu pada satu bahagian pakaian sahaja. Mesin basuh ini juga punya opsyen cucian mengikut jenis kotoran, antaranya tompokan darah, coklat atau lain-lain kotoran, selain pilihan cucian pantas dalam 15 minit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.