KABINET ILHAM SENI

GLAM Lelaki (Malaysia) - - PROFIL -

Pembuatan sebuah kabinet Club Bar dalam kemasan Ocean Lacquer daripada Armani Casa mengambil masa selama 92 jam dan dua tukang bina untuk melengkapkan kemasan lakuer kabinet mewah ini. Hasil seni pernis yang menghiasi perabot ini diinspirasikan daripada lukisan ikonik The Great Wave off Kanagawa (1830-1831) oleh Hokusai. Permainan warna dengan berusan lembut digunakan untuk mencipta efek lapisan air, udara dan gas pada pintu cabinet yang kemudiannya dilapisi resin transparen sebagai pelindung. Kabinet didukung kaki berbentuk X diperbuat daripada kayu walnut Canaletto. Edisi terhad kepada 50 unit sahaja, ciptaan kabinet koktel ini mencerminkan keseimbangan sempurna antara reka bentuk yang simplistik tetapi masih kelihatan mewah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.