Destinasi Butik Baru

PILIHAN UNTUK TAMPIL BERGAYA SEMAKIN MERIAH DENGAN PEMBUKAAN DUA STOR FLAGSHIP BARU DI IBU KOTA.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Dalam dunia kaca mata hitam, wujudkah jenama lain yang punya legenda seagung RayBan? Mencipta imej ikonik melalui filem retro Rebel Without A Cause (1955) dan Breakfast at Tiffany’s (1961), dan seterusnya karya moden seperti Top Gun (1986), Men In Black (1997) dan Wolf of Wall Street (2013), Ray-Ban sudah lama menjadi pilihan warga Hollywood.

Kita pun apa kurangnya? Antara rekaan Aviator yang fleksibel dan licin atau Wayfarer yang cool dan retro, setiap stailisto yang serius dalam bab bergaya tahu mereka perlu sekurangkurangnya memiliki sepasang Ray-Ban dalam gudang gaya mereka.

Biarpun sudah berusia 81 tahun, Ray

Ban kekal relevan hingga ke era ini. Malah, pada tahun 2015, jenama Amerika ini telah membuka stor flagship pertamanya di New York. Diikuti pelancaran butik-butik lain di London, Milan dan Shanghai. Kini, setelah sekian lama menghiasi wajah warga Malaysia, Ray-Ban akhirnya melancarkan stor flagship berpangkalan di Kuala Lumpur pula!

Butik ini menawarkan katalog ekstensif merangkumi lebih 400 rekaan cermin mata hitam. Juga merekodkan legasi Ray-Ban melalui paparan visual berbentuk kolaj digital, fotografi dan ilustrasi evolusi modelmodel ikonik Aviator, Wayfarer, Round dan Clubmaster. Selain mendekatkan diri dengan warisan Ray-Ban, buat pertama kalinya di Malaysia, konsumer berpeluang memadankan bingkai kaca mata pilihan mereka dengan lensa preskripsi.

“Matlamat kami adalah untuk mencipta satu pengalaman menyeluruh berkaitan Ray-Ban, bukan sekadar sebuah stor untuk pelanggan kami,” kata Alessandro Medi, Pengarah Serantau – Runcit Asia Tenggara, Luxottica. Stor Ray-Ban ini beralamat di Lot 121C, Tingkat 1, Suria KLCC.

Berpindah ke tapak baru bersebelahan Suria KLCC pula, Robinsons juga sudah melancarkan stor flagship Robinsons Kuala Lumpur di Shoppes @ Four Seasons Place. Berkeluasan 200,000 kaki persegi meliputi empat tingkat runcit, stor ini menawarkan lebih 500 jenama fesyen dan gaya hidup, termasuk 110 jenama yang eksklusif kepada Robinsons.

Untuk si jejaka, tampil cool dan bergaya dalam himpunan formal mahupun kasual dengan jenama-jenama seperti Blackbarrett, Hugo by Hugo Boss, PS by Paul Smith, Figaret, Jigsaw, Champion selain gaya ranggi Billionaire Boys Club, Tarik Jeans, Cheap Monday dan G-Star Raw, sekadar menyebut. Ruangan gajet juga berpotensi menjadi tumpuan si kaki peranti. Spa terkemuka, Gentlemen’s Tonic pula menjanjikan terapi dan servis mewah untuk memenuhi kehendak grooming dan rambut lelaki. Manakala himpunan kafe seperti La Bodega, Starbucks Reserve dan Croisserie Café menjadi tempat singgah setelah seharian membelibelah.

Teks: Abdul Aziz Draim Gambar: Luxottica & Robinsons

ROBINSONS DI SHOPPES @ FOUR SEASONS PLACE

STOR RAY- BAN BARU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.