Sejenak Bersama Nick Diamond

SEMPENA ACARA PEMBUKAAN KEDAI TERBARU PUMA SELECT DI MARINA BAY SANDS, SINGAPURA. PENULIS FESYEN GL BERPELUANG MENEMURAMAH NICK DIAMOND, PENGASAS JENAMA DIAMOND SUPPLY CO., FASAL KOLABORASINYA YANG KEDUA BERSAMA PUMA.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

GL: Bagaimana anda dapat bekerjasama dengan Puma?

N.D: Boleh dikatakan saya adalah seseorang yang dikenali dalam dunia skateboard. Saya bermain skateboard sejak awal 1990an dan saya masih ingat lagi ketika itu kasut pertama saya ialah Puma Clyde. Sejak itu, saya mula mengumpul kasut, seperti Nike Jordan. Apabila Puma menyatakan tawaran mereka untuk bekerjasama dengan jenama Diamond Supply Co., saya terus menangkap tawaran itu.

GL: Adakah budaya skateboard mempengaruhi rekaan Nick dalam kolaborasi ini?

N.D: Ye, betul. Saya membesar bersama dengan papan selaju di samping saya setiap masa. Bergaul pula bersama orang- orang yang berkecimpung dalam dunia ini (skateboard). Secara tidak langsung turut mempengaruhi desain saya.

GL: Puma telah banyak berkolaborasi dengan beberapa artis lain. Bagaimana perasaan Nick apabila dapat berkolaborasi bersama Puma sebagaimana Rihanna dan The Weeknd?

N.D: Ia sesuatu yang awesome! Pada pendapat saya, itu salah satu langkah positif yang telah Puma lakukan. Sebagai tambahan kepada kolaborasi sektor gaya hidup, Puma juga bekerjasama dengan dunia skateboard, juga muzik seperti The Weeknd dan Big Sean. Kesannya, ia boleh membuat beberapa peminat muzik menjadi sebahagian daripada keluarga Puma. Bagi saya, hal ini adalah sesuatu yang dipandang hebat.

GL: Supreme adalah salah satu jenama yang digilai peminat fesyen streetwear. Bagi Nick, bagaimana jenama streetwear boleh menjadi terkenal tanpa sebarang promosi besar-besaran?

N.D: Sukar untuk jenama lain mendominasi pasaran streetwear seperti jenama Supreme yang kini popular di setiap pelusuk dunia. Bahkan jika anda melayari media sosial segalanya tentang item dari Supreme. Pada pandangan saya, kunci kejayaan adalah dalam produk yang dicipta. Dengan mencipta produk yang baik, orang akan tertarik.

GL: Apa yang boleh Nick katakan tentang gaya hidup skateboard yang kini dipaparkan dalam majalah fesyen?

N.D: Saya rasa ramai skateboarders akan membenci hal ini. Haha! Kerana perkara seperti ini agak pelik semasa saya di usia muda menyaksikan sesuatu tentang skateboard dalam majalah fesyen. Tetapi pasaran untuk papan luncur kini semakin terkenal, itulah perkara yang menyenangkan hati saya. Ini bermakna, ramai orang sudah berfikir bahawa sukan skateboard adalah sesuatu yang cool, bukan lagi distereotaipkan sebagai orang jalanan. Ia sememangnya baik untuk industri skateboard.

NICK DIAMOND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.