Sepatu Berjiwa Milenial

VERSACE MENAMPILKAN SNIKER CHAIN REACTION YANG SERBA MODERN, PENUH ENERGI JUGA SELESA YANG DIPERTONTONKAN DI PENTAS FESYEN MUSIM LURUH SEJUK 2018.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Diperkenalkan secara rasmi di atas pentas peragaan Versace musim luruh/sejuk 2018, koleksi Chain Reaction adalah merupakan sepatu ikonik Versace yang punya aura menawan di mana ia dapat menarik hati setiap orang yang melihatnya pada sekilas pandang. Dengan berunsurkan bentuk pautan rantai pada tapak kasut ini ia telah meletakkan satu mood yang menggambarkan gaya generasi milenial.

Dengan sentuhan motif Greca pada sangkar tali kasut, midsole, juga perincian ‘puff croc’ neoprene dan top stitching, kesemuanya diolahkan oleh pereka Salehe Bembury sebagai butiran hiasan namun punya fungsi pada kasut Chain Reaction yang menyerlahkan lagi DNA Versace ke dalam dunia sniker.

Butiran yang ditampilkan adalah kunci kepada rumah fesyen Itali ini. Menarik lagi, rekaan Chain Reaction turut menampilkan tulisan Braille yang dibaca ‘Love’ pada sisi hadapan kasut ini. Bergaya tanpa kesakitan, sniker ini juga mementingkan keselesaan dengan menampilkan perincian ‘puff croc’ neoprene pada lidah dan lapisan dalam kasut lantas membiaskan estetika Versace dalam gaya sporty.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.