Permainan Pola Petak

PENGGUNAAN MOTIF PETAK BUAT MUSIM/LURUH SEJUK 2018 KALI INI LEBIH BERANI. DARI MOTIF TARTAN, WINDOWPANE, MADRAS, PRINCE OF WALES DAN TATTERSALL SEMUANYA MUNCUL BERVARIASI DARI NADA RENDAH KE NADA MENAWAN.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Heritage just got haute,’ ujar Editor Menswear The Guardian. Itulah ungkapan yang dapat digambarkan tentang trend ini. Pada akhir tahun 2017, penggunaan corak petak ini telah kembali semula ke dalam helaian pakaian wanita. Langsung menetapkan satu mood vintaj yang patut ada dalam gerobok penggemar fesyen. Buat musim luruh/sejuk tahun ini, trend motif ini menjadi lebih besar dan meriah digunapakai oleh pengarah fesyen dalam mencipta koleksi mereka.

Corak ini juga mendapat sambutan daripada golongan lelaki, di mana kini telah muncul dengan frekuensi yang lebih kerap, diterapkan masuk ke dalam helaian seperti seluar, jaket dan juga topi. Dalam kata lain, sepersalinan dari atas ke bawah bermotifkan petak. Pada dasarnya, elemen geometri ini datang daripada kaum kerabat di Scotland di mana ia lebih dikenali dengan nama ‘tartan’. Di mana corak ini terdiri daripada jalur melintang dan menegak yang bersilang membentuk kotak-kotak dalam pelbagai warna. Sudah menjadi satu tradisi mereka, rumah fesyen Alexander McQueen mengambil inspirasi daripada neo-aristokrasi negara itu dalam mengeluarkan himpunan pakaian berona merah hitam musim ini. Manakala untuk Astrid Andersen, penggunaan motif petak lebih menyeluruh dan pereka Denmark ini meninjau kembali zaman rave awal ‘80-an sebagai ilham rekaannya. Bagi Andersen, “tiada batasan” menjadi manteranya berkarya: kesemua potongan baju kelihatan besar dan motif checks lebih mega dari sebelum ini.

Dalam pada itu, walaupun baju bercorak petak dilihat sebagai item yang lebih kasual, terdapat beberapa cara untuk membuat ia kelihatan sesuai dengan stail anda. Anda juga boleh memadankannya dengan penggunaan tali leher untuk gaya yang kemas. Sentiasa bereksperimen dengan reka bentuk motif, ketebalan material yang digunakan serta panjang ukuran keseluruhan baju untuk anda mencipta pakaian yang unik dan bergaya yang sesuai dipakai di sebarang acara.

1. 2. 3. 1. Ahli kumpulan Tartan Terrors mengenakan bercetak, 2.Harry Styles, 3.Antara corak dan warna petak berbeza yang mewakili suku-suku di Scotland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.