Klfw 2018 # Igotstyle

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

“CUKUP BERTENAGA LAGI EKLEKTIK MEMECAHKAN MOMEN MASA KINI YANG BERDAKAPAN MESRA SENTUHAN KLASIK JUGA ASLI. ”

KEMBALI KEPADA GAYA ASAS LALU MEMANDANG KE ARAH FUTURISTIK YANG SENANTIASA MENJADI DAMBAAN. SWATCH MENYELINAP KE DALAM DNA PEMBUATAN JAM ASAL SWISS KALA MEMBENTANGKAN KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2018. SEGALANYA TENTANG MUSIM INI BERKAIT DENGAN ENERGI LUAR JUGA AKTIF UMPAMANYA DARI PARTI KE TAMAN BOTANI BERLALU MENUJU KE PANTAI.

Terlahir atas kenangan masa lampau, barisan model terbaru ini ditafsirkan dengan signatur reka bentuk berbalas inspirasi trend terkini. Brit-in, Swatch Vibe dan Mediterranean Views adalah tiga dunia liar yang punya inti pati serta ragam yang tersendiri. Memupuk fantasi piknik bersama ratu, corak flora mekar disuntik eksotika musim bunga yang daring untuk jamuan minum petang. Himpunan Britin ditampilkan elemen asas budaya Inggeris lalu menciptakan semula motif gaya terbaru, dialiri sama unsur humor yang relaks lagi quirky

Manakala, barisan Swatch Vibe pula membiaskan nada sportive lagi berwarnawarni. Rona neon yang menyinari kala malam berlabuh terbias seakan bintang-bintang berkedip pada tali jam fluorescent lantas cahaya samar bersinar memperlihatkan struktur tiga dimensi.

Jam daripada barisan ini menggabungkan gaya atletik buat penampilan harian juga berdamping sama energi aktif yang bersedia pada bila-bila masa saja. Tidak lupa juga, model X-Vibe menerbitkan kembali rekaan model Swatch yang ikonik dengan warna yang lebih berani berserta statement

X yang diolah dempak pada laman dail.

Menceritakan liburan musim panas yang cukup bersahaja dengan pemandangan atmosfera Mediterranean dari langit sehingga menyelam ke dasar laut yang membiru. Barisan Mediterranean Views mencedok ilhamnya yang bertemakan jalur nautika dengan simbahan palet rona biru. Berteduh di rumah persinggahan juga bermalasmalas di persisiran pantai, koleksi ini membiaskan keriangan juga meraikan gaya hidup Dolce Vita yang menyeronokkan.

Demikian, himpunan musim bunga/panas 2018 diolah cukup bertenaga lagi eklektik memecahkan momen masa kini yang berdakapan mesra sentuhan klasik juga asli. Daripada barisan Brit-in beralih pula Mediterranean Views juga Swatch Vibe, ia membuktikan setiap gaya hidup yang aktif lagi bersahaja dialiri nadi Swatch.

BARISAN SWATCH VIBE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.