Butik Jam

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

SEKALIPUN SETIAP CIPTAAN TERBARU SUKSES SABAN TAHUN, RUMAH ARLOJI MASIH TERUS BERINOVASI. INI KERANA INOVASI ADALAH CIRI ASAS LAGI VITAL SEJAK MULA DIPERKENALKAN. MAKA, USAHA YANG TIDAK HENTI DITERUSKAN BAGI MENGUNGKAPKAN KEUNGGULAN SERTA KEHEBATAN MASINGMASING.

a, teknologi semakin canggih dan kita berterima kasih dengannya. Namun, tanggungjawab setiap jurutera, artisan serta pembuat jam tidak mungkin boleh diketepikan. Lahirnya jam bernadi pergerakan tourbillon yang melintangi graviti, spring dwilogam melawan suhu, gasket getah kalis kelembapan. Terus, SuperLuminova pula menyinarkan cahayanya sepanjang malam dan tidak akan luntur menjadi kuning biarpun sudah berusia. Tampil sama, kristal nilam yang anti- calar. Begitu juga dengan bezel seramik. Tidak lupa juga, penemuan komponen pergerakan silikon merevolusikan cara pembuat jam memerangi medan magnet yang mengganggu prestasi jam tangan. Ini adalah penemuan hasil kearifan para pembuat jam tangan.

Kemudian, hadir jam bertali gelang keluli yang cukup senang untuk dipelihara. Akan tetapi, tidak semua individu menerimanya dengan baik kerana ada sesetengah individu yang masih memilih jam bertali gelang vintaj kerana ia lebih nipis dan ringan tetapi kelasakannya boleh dipertikaikan. Pautan jam bertali gelang yang dicipta hari ini adalah lebih solid, kalis calar dan punya daya tahan bergancukan material tahan lasak. Semua penambahbaikan ini diolah dalam sedekad yang lalu. Faktor keselesaan diambil kira kerana jika terlalu berat, pergelangan tangan akan tertekan. Maka, rumah arloji seperti Tudor, Omega dan Grand Seiko mengambil inisiatif di dalam memperkukuhkan susuk rekaan tali jam bergelang keluli ini. Langsung, tahun ini memperlihatkan pula jam dwinada hasil gabungan material seperti emas serta komposisi material berteknologi tinggi yang inovatif.

TUDOR BLACK BAY S&G

Merupakan model simbolik kepada Tudor, barisan Heritage Black Bay meraikan ulang tahun ke- 60 sebagai jam tangan penyelam dengan ketukangan luar biasa. Diserlahkan dengan gabungan material keluli dan emas kuning, ia memperlihatkan wajah baru yang cukup berharga lalu dinamakan S& G bermaksud Steel & Gold. Lantas, jam bersaiz 41 mm ini memaparkan fungsi tarikh untuk pertama kali dan dilengkapi dengan nadi pergerakan kaliber MT5612 hasil rumah arloji sendiri. Black Bay S& G kini diolah sama dalam dail hitam dan yang terbaru berdail rona champagne.

OMEGA SEAMASTER DIVER 300M

Sejak 1993, Seamaster Diver 300M sudah mengikuti haluan legenda karya Omega yang lain. Maka, tahun 2018 menyaksikan ulang tahun ke-25 lalu diberi makeover sepenuhnya dari luar dan dalam. Reka bentuk asal yang berpaksikan spirit lautan masih dikekalkan. Kini berukuran 42mm, setiap perincian rekaan telah dcipta semula, termasuk bezel seramik baru dengan skala menyelam dalam Ceragold™ atau enamel putih. Nadinya pula, berdetak daripada pergerakan Master Chronometer Caliber 8800. Terus, menjadikan prestasinya tepat di dalam menentang rintangan magnetik. Secara keseluruhannya, terdapat 14 model Diver 300M yang terbaru. Termasuk enam dalam keluli tahan karat dan lapan dalam gabungan keluli tahan karat dan emas. Setiap model dibentangkan sama ada bertali getah hitam atau biru, juga bergelang logam tradisional dengan reka bentuk ergonomik yang selesa.

GRAND SEIKO BLUE CERAMIC HI-BEAT GMT 36000 EDISI TERHAD

Model Seramik Hitam membuat penampilan perdananya pada tahun 2016. Ia merupakan siri Grand Seiko yang pertama di dalam menggabungkan material berteknologi tinggi. Seramik zirkonia, adalah tujuh kali lebih keras berbanding keluli tahan karat. Bersempena meraikan ulang tahun ke-20 tahun untuk Calibre 9S, seramik zirkonia ditampilkan semula menerusi edisi terhad Grand Seiko Blue Ceramic Hi-Beat GMT 36000 yang menawan. Kalis calar langsung ketahanan seramik zirkonia ini berkekalan selama bertahun-tahun yang akan datang. Tidak lupa juga ia ringan dan selesa dipakai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.