Keluar Mengundi

PELBAGAI CERITA TERCETUS DAN KEDENGARAN KALA SEBELUM DAN SELEPAS HARI MENGUNDI. RASA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA MENGUATKAN SEMANGAT SAYA UNTUK PULANG MENGUNDI DI KAMPUNG HALAMAN. TAK KURANG JUGA SEGELINTIR YANG MASIH BERSIKAP TAK PEDULI AKAN MA

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

“DALAM PADA MASA ORANG KITA TERUJA NAK PERGI MENGUNDI, TERDAPAT SEGOLONGAN YANG KONONNYA TAK AMBIL PEDULI TENTANG KEPENTINGAN MEMBUANG UNDI. ”

Pabila Suruhanjaya Pilihan

Raya (SPR) mengumumkan bahawa Hari Mengundi adalah pada hari Rabu, 9 Mei 2018, semua rakyat tak keruan. Seluruh warga maya bergegar. Jikalau sebelum ini, tarikh Hari Mengundi masih berteka-teki, sekarang jawapan yang dinanti terjawab sudah.

Masing-masing meluahkan rasa tak puas hati dan membidas, mengapa tarikh 9 Mei 2018, hari Rabu, dipilih. Apakah rasionalnya, 9 Mei 2018, diisytiharkan sebagai Hari Mengundi? Mengapa bukan hari minggu? Bukankah lebih senang kalau orang nak balik kampung kalau Hari Mengundi tu hari minggu? Apakah terdapat agenda di sebalik tarikh bersejarah itu?

Namun, sedang rakyat termasuklah warga maya kecoh sesama sendiri, kerajaan pada waktu itu mengambil langkah bijak dengan mengumumkan 9 Mei 2018 sebagai Hari Kelepasan Am. Sebelum itu, sebahagian besar warga Malaysia mendakwa pemilihan hari Rabu sebagai tidak sensitif memandangkan ia adalah hari bekerja. Ramai juga yang mengadu sukar bagi mereka untuk pulang ke kampung halaman pada pertengahan minggu kerana terpaksa mengambil cuti tambahan.

Sejak tarikh itu diumumkan, perbualan di kedai kopi dan alam maya banyak menyentuh tentang politik dan soalan “Kau nak undi siapa?” dikira paling popular.

Masing-masing meluahkan rasa buntu nak undi siapa. Memanglah benar, saya sendiri ada bertanya kepada rakan sepejabat tentang mengundi, dan majoriti yang saya tanya, masih belum pasti nak undi siapa dan parti apa.

Maka itulah, saya mengambil inisiatif untuk bertanya kepada kawankawan terdekat yang arif tentang hal ini. Nasiblah ada di antara mereka yang sudi berkongsi pengetahuan, misalnya manifesto partiparti tertentu kepada saya. Isi kandungan manifesto yang paling kuat dikemukakan parti pembangkang ialah hapuskan GST dan rasuah.

Realitinya, orang kita sangat mengambil berat antara satu sama lain. Beberapa hari sebelum ketibaan Hari Mengundi, orang kita sibuk bertanya balik mengundi mana? Macam mana kamu balik? Balik naik apa? Ambil cuti tambahan ke? Macam nak balik Raya. Actually, it’s a good thing because it shows that our people care. Dan tak kurang juga ada yang menawarkan perkhidmatan ‘carpool’ untuk memastikan mereka yang terlepas mendapatkan tiket tambang balik, dapat pulang mengundi dengan selamat dan ‘on time’.

Sepanjang pemerhatian saya, rakyat kita menggelabah teruk menjelang hari mengundi. Kesemuanya rata-rata bimbang akan masa depan negara. Dan lebihlebih lagi, tak dapat ramal kerajaan manakah yang akan mentadbir Malaysia? Semuanya mengelirukan.

Dalam media sosial pula, banyak kisah dan laporan berita yang dikongsi. Ada yang benar dan selebihnya diragui kesahihannya. Disebabkan itu hashtag #fakenews tercipta dan penggunaanya sangat meluas. Para wartawan pula mengambil kesempatan untuk melapor dan memapar apa sahaja berita demi menaikkan dan mengumpul ‘view’. Semua laman berita terkejar-kejar nak kumpul ‘views’. Sehinggakan berita yang mengarut dijadikan taruhan. Ke manakah perginya kredibiliti wartawanwartawan sekarang?

Dalam pada masa orang kita teruja nak pergi mengundi, terdapat segolongan yang kononnya tak ambil peduli tentang kepentingan membuang undi. Mereka merasakan mengundi itu satu aktiviti yang membuang masa dan tidak mendatangkan faedah kepada mereka. Ternyata mereka silap. Pemikiran tersebut haruslah diperbetulkan segera demi peningkatan kualiti hidup rakyat. Sebab apa, satu undi itu tersangatlah berharga. Every vote matters.

Mengundi itu sudah menjadi satu kewajipan setiap rakyat. Pabila politik menjadi sebahagian daripada ajaran Islam, maka kewajipan memilih pemimpin adalah sebahagian daripadanya. Dalam sistem demokrasi diadakan pilihanraya dengan mensyaratkan seseorang itu mendaftarkan diri menjadi pemilih yang membolehkannya mengundi.

Semakin kita meningkat dewasa, semakin kita sedar betapa perlunya keluar mengundi. Menapak di zaman sekarang, adalah penting untuk setiap rakyat yang layak untuk ambil tahu tentang hal negara kita. Bukanlah disuruh terlibat sepenuhnya, cukuplah sekadar menyokong dari belakang dan tambah pengetahuan tentang pilihanraya dan isu-isu semasa. Usah terlalu taasub dengan arus kemodenan hari ini, sehingga mengabaikan kepentingan mengundi.

HARI YANG ‘ NERVOUS’

Hari mengundi merupakan hari yang membuatkan semua rakyat berasa ‘nervous’. Termasuklah saya. Jam 11.30 pagi saya telah pergi beratur untuk mengundi dan segala informasi penting, seperti nama pusat mengundi dan nombor bilik salur telah saya simpankan siap-siap.

Selain tujuan untuk membuang undi, tak jangka saya berkesempatan untuk bertemu kawan-kawan lama. Bekas rakan sekelas, bekas jiran, dan ramai lagi. Semuanya dah meningkat

dewasa dan berumah tangga. Lokasi pusat pengundian saya adalah tempat saya membesar. Dalam barisan saya, terdapat dua bekas rakan sekelas yang beratur sama. Memorimemori indah sewaktu alam persekolahan yang diceritakan menguatkan lagi semangat saya untuk mengundi. Saya berasa inilah tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia dan tak kira apa, demi masa depan negara dan generasi akan datang, tetap akan membuang undi.

Yang paling mengagumkan saya adalah melihat anakanak muda keluar mengundi. Tanpa perlu paksaan yang berlebihan seperti yang terjadi pada pilihanraya ke-13 yang lalu. Generasi yang lahir sekitar awal ’90-an turut bersama keluar mengundi menjalani tanggungjawab. They should be proud of themselves. Warga emas, golongan kurang upaya, ibu mengandung, dan individu punya masalah fizikal, semua rakyat pelbagai ragam bersatu ke pusat pengundian untuk memangkah undi dengan harapan yang sama. Portal hiburan pun mengambil kesempatan ini dengan berkongsi gambargambar selebriti yang keluar mengundi. Nak meredakan keadaan kot?

Sistem pilihan raya Malaysia pun semakin bertambah telus dengan adanya dakwat kekal. Kebanyakan anak muda yang selesai membuang undi, berkongsi gambar jari telunjuk mereka yang ditanda dakwat kekal sebagai tanda selesai mengundi. Si kaki Instagram tak lepas peluang kongsi gambar dan video menunjukkan jari terlunjuk mereka. Kedengarannya ada segelintir yang ‘stress’ dek melihat gambar tersebut kerana berasa bersalah dengan diri sendiri kerana tidak mengundi kali ini.

Tidak kiralah apa pun tindakan yang kita pilih, sebuah kerajaan akan tertubuh. Dan kerajaan itulah yang akan membuat undang-undang, buat dasar dan menentukan ke mana hala tuju perbelanjaan negara kita. Yang kemudian hari sama ada kita memilih atau tidak memilih, akan turut terkesan.

Debaran mengundi tak terhenti situ, ia berlanjutan sehingga jam 5 pagi keesokan harinya. Selepas waktu mengundi tamat pada jam 5 petang, saya dapat rasa that the time has come. Sambil itu, saya sempat scroll Twitter dan aplikasi lain dan mendapati ramai pengguna berkongsi perasaan mereka. Nama Astro Awani melonjak naik kerana menjadi tumpuan sebahagian besar daripada rakyat yang menonton laporan berita mereka. Panel jemputan, Karim Raslan yang jujur mengutarakan pandangan beliau berkenaan pengurusan Suruhanjaya Pilihanraya turut mengundang perhatian dan pujian oleh netizen.

Sedang semua rakyat Malaysia menunggu keputusan terkini, kita semua giat berbincang dan melontarkan pendapat berdasarkan perspektif tersendiri. Ada yang mahukan masa hadapan generasi baru terjamin, dan ada yang bimbang keistimewaan mereka akan ditarik jikalau kerajaan baru ditubuhkan. Generasi yang lebih tua pula rasa terkesan dan bimbang yang amat.

Saya faham generasi tersebut paling tinggi kebimbangannya. Dan takut akan perubahan. Hakikatnya, kita semua bimbang. Keputusan pilihanraya umum ke-14 diumumkan begitu lewat sekali, bertambahlah marah orang ramai terhadap pelbagai pihak terutamanya Suruhanjaya Pilihanraya. Dalam jam 4:45 pagi keputusan pilihan raya umum ke-14 diumumkan secara rasmi. Memang ramai yang terkejut. Setelah 6 dekad mentadbir negara, buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, kerajaan Barisan Nasional terpaksa mengundur diri untuk memberi laluan kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih.

Memang banyak kisah yang berunsur fitnah, unik, lucu, sedih, dan menggembirakan tercetus dek anjuran pilihanraya umum ke-14. Dan jangan terkejut, ada antara ahli keluarga dan kawan-kawan bersengketa akibat tidak sefahaman terhadap ideologi tertentu. Pun begitu, secara amnya, selepas seminggu kerajaan baru ditubuhkan, kehidupan rakyat Malaysia dilaporkan baik-baik sahaja. Tiada darurat, pergaduhan mahupun perselisihan faham antara kaum sebagaimana yang diramalkan berlaku.

Malahan, biarpun punya pegangan politik berbeza dan lantang berdebat di media sosial, rakyat Malaysia dilihat bersatu padu dan perpaduan kaum dikekalkan seperti sedia kala. Tiada rusuhan sungguhpun perubahan drastik telah berlaku. Malaysia sudah memilih. Kita sedar, komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa bukan suatu perkara yang ringan. Justeru itu, semoga hubungan harmoni yang terjalin antara rakyat Malaysia akan diperkukuhkan lagi menerusi kedaulatan dan pembangunan negara di bawah pimpinan kerajaan baru.

KARIM RASLAN DATO’ SRI NAJIB RAZAK

TUN MAHATHIR MOHAMAD

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN

TAN SRI MOHD HASHIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.