Santapan Selera Jepun

ALAMI PENGALAMAN MINUM PETANG PREMIUM DI NOBU BERLANSKAPKAN PEMANDANGAN HUTAN KONKRIT KUALA LUMPUR YANG SERBA URBAN.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Restoran mewah berkonsep santapan Jepun ni sekali lagi tingkatkan promosi hujung minggu mereka. Nobu Kuala Lumpur memperkenalkan High Tea versi premium yang terkenal dengan menggunakan bahanbahan segar dan berkualiti di dalam hidangan seperti Soft Shell Crab, Wagyu Gyoza, Smoked Salmon dan Lamb Tacos.

Minum petang signatur Nobu ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 2016, menyajikan canapés ala Nobu yang unik, serta pastri dan pencuci mulut yang diilhamkan dari masakan Jepun-Peru yang terkenal di seluruh dunia.

Sebagai tambahan kepada set premium High Tea, para tetamu juga boleh memilih aneka hidangan Nobu terkenal dari menu a la carte yang boleh dipesan waktu minum petang. Antara hidangan yang disyorkan ialah Black Cod Miso, Yellowtail Jalapeno, dan Udang Tempura.

Nobu Kuala Lumpur juga akan menyesuaikan jam operasi High Tea mereka pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 1: 00 petang hingga 4: 00 petang. Waktu minum petang yang fleksibel ini akan diperkenalkan untuk membolehkan para tetamu menikmati kedua- dua hidangan makan tengah hari serta minum petang awal pada setiap hujung minggu.

“ANTARA HIDANGAN YANG DISYORKAN OLEH CHEF PHILIP IALAH BLACK COD MISO, YELLOWTAIL JALAPERO, DAN UNDANG TEMPURA”

HARGA: PREMIUM HIGH TEA: RM138+ HIGH TEA BIASA: RM93++ WAKTU: 1:00 PETANG – 4:00 PETANG LOKASI: TINGKAT 56, MENARA 3 PETRONAS, PERSIARAN KLCC, KUALA LUMPUR CITY CENTRE, 50088 KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.