Kemajuan Baru Dyson

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

“DYSON PURE COOL YANG DIINOVASI SERBA MODEN, CANGGIH DAN BERTEKNOLOGI TINGGI, BERFUNGSI UNTUK MEMBERSIH DAN MENYEJAT UDARA KOTOR.”

UDARA TERCEMAR YANG TERPERANGKAP DALAM KEDIAMAN MEMANG TIDAK MUNGKIN NAMPAK DENGAN MATA KASAR. NAMUN, IA WUJUD. MENGATASI MASALAH ITU, DYSON PURE COOL™ BEREKA SISTEM UNTUK MENYEJAT DAN MEMBERSIH UDARA DARI KOTORAN, DI SAMPING ITU MENYEDIAKAN SISTEM PENGUDARAAN YANG TERJAMIN BERSIHNYA. SEKALI GUS, POJOK KEDIAMAN TAMPAK MEWAH DENGAN PERLETAKAN STRUKTUR TEGAS DYSON PURE COOL™.

Tak ramai yang sedar, udara tercemar dalam kediaman sememangnya wujud, cumanya ia tidak nampak dengan mata kasar. Kajian mengatakan, udara yang terperangkap dalam kawasan dalam kediaman punya peratusan tercemar yang tinggi. Banyak faktor yang tak diduga sebenarnya menyumbang kepada kadar udara tercemar dalam rumah.

Menurut kajian Dyson, banyak aktiviti rumah seperti, asap yang tercetus sewaktu aktiviti memasak, penggunaan penyegar udara dan produk pembersih rumah, bahan kimia yang terkandung dalam lilin pewangi, hamparan permaidani antara faktor terbesar penyumbang udara tercemar. Bagi mereka yang kurang tahu, realitinya pencemaran dan menghirup kotoran membawa pengakhiran yang sangat membimbangkan. Kesihatan akan terjejas. Anak-anak kecil pula akan mudah jatuh sakit. Dyson Pure Cool™ yang diinovasi serba moden, canggih dan berteknologi tinggi, berfungsi untuk membersih dan menyejat udara kotor. Terdapat paparan LCD yang memaparkan pencemaran dalam rumah dan Dyson Pure Cool™ bertindak secara automatik menggunakan algoritma Dyson yang unik.

Rangkaian Dyson Pure Cool™ didatangkan dua model mengikut kesesuaian, iaitu format menara dan meja kecil. Pada saya, format menara sempurna ditempatkan di ruang yang luas, seperti ruang tamu, ruang makan keluarga atau dapur. Format meja kecil kelihatan menonjol sekiranya diletakkan di sudut kamar tidur.

Paul Dawson, Timbalan Presiden Dyson Health and Beauty berkongsi bahawa produk ini memberi jaminan kesenangan kepada tiap pengguna kerana memiliki sistem penapis sepenuhnya 360 darjah yang menggabungkan penapis karbon diaktifkan untuk menghilangkan gas, dan penapis Glass HEPA yang menangkap 99.95% alergen mikroskopik dan bahan pencemar sekecil 0.1 mikron². Kemudahan penggunaan produk ini dipertingkatkan lagi dengan kelengkapan alat kawalan jauh serba canggih. Ia merupakan kawalan magnetik yang mampu mengawal dan mengubah tetapan gajet. Sistem merawat udara ialah yang ditawarkan Dyson Pure Cool™ adalah yang terkini.

Lebih unik lagi, model baru pembersih udara ini, boleh dikendalikan dengan sambungan internet menggunakan aplikasi Dyson Link (iOS dan Android) yang memudahkan pengguna semak kadar pencemaran ruang luar dan dalam kediaman, suhu dan kelembapan kawasan persekitaran. Di samping itu, boleh mengawal dan mengubah tetapan Dyson Pure Cool™ dan mengetahui jumlah tenaga yang tersisa. Yang pasti ia bertindak sebagai pembantu rumah terbaik berlandaskan inovasi terhebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.