citra perkongsian atlet

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS JAM -

Nipis, ringan, juga disuntik energi atletik dengan rona vibrant lagi anggun. RM 67- 02 adalah jam tangan untuk semua situasi. Telah mewujudkan duluan, Richard Mille mengolah model ini supaya bersesuaian dengan pelbagai tuntutan disiplin sukan. Demikian, sebabnya mengapa beberapa rakan kongsi jenama mencitrakan RM 67- 02 dalam versi mengikut warna negara masing-masing. Terus, untuk menguji kebolehan kaliber automatik ini dalam pelbagai tetapan biarpun di luar lapangan sukan. Di pergelangan tangan pemain tenis terkenal, Alexander Zverev, RM 67- 02 kini memasuki pertempuran baru dengan nadi kaliber ketujuh hasil ciptaan sendiri Richard Mille. Sekali gus hanya seberat 32 gram, menjadikannya jam tangan automatik paling ringan di dalam koleksi Richard Mille.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.