KETELITIAN LUKISAN MINIATUR

GLAM Lelaki (Malaysia) - - HOROLOGI -

Tahun ini Jaeger-LeCoultre sekali lagi membentangkan jam tangan yang menyanjung kepakaran seni halus lukisan miniatur menerusi siri jam tangan Reverso. Jika dahulu mengabdikan lukisan Van Gogh menerusi jam edisi terhad Jaeger-LeCoultre Reverso à Eclipse, kini ditambah tiga model terbaru yang juga terhad kepada lapan utas setiap satunya. Kedua-dua belah muka disempurnakan sarat dengan perincian halus seni ketukangan hasil garapan tangan artisan. Muka pertamanya memaparkan jarum jam dan minit yang berlamankan corak ukiran dail yang rumit. Manakala, bila diputar memperlihatkan lukisan miniatur ilham artis terkemuka Switzerland, Ferdinand Hodler. Bersempena memperingati ulang tahun kematiannya ke-100 tahun, lanskap pergunungan dan tasik, dicitrakan semula lalu menghiasi pada case jam bergaya Art Deco nan ikonik. Material case diperbuat dalam emas putih yang direka khusus sebagai kanvas untuk lukisan miniatur enamel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.