ENERGI GRAFITI

GLAM Lelaki (Malaysia) - - HOROLOGI -

RICHARD MILLE RM 68-01 TOURBILLON

Berkolaborasi bersama Cyril Kongo, artis jalanan antarabangsa bertunjangkan karya seni grafiti yang terhad kepada 30 utas. Setiap jam dicat secara individu oleh artis dengan alat lukisan semburan mikro bagi menjadikan setiap jam tangan ini unik.

TAG HEUER FORMULA 1

Hanya terjual secara eksklusif menerusi laman sesawang TAG Heuer, edisi istimewa 200 utas hasil kolaborasi bersama Alec Monopoly laris. Dikenali sebagai bintang dunia seni jalanan, Mr. Monopoly, si pengurus bank debonair ini dipaparkan pada dail yang bersentuhan seni pop.

NELSON DE LA NUEZ, CORUM

Rumah arloji Corum memperkenalkan kerjasama terbaru dengan the King of Pop Art, Nelson De La Nuez. De La Nuez mencitrakan empat reka bentuk jam tangan yang unik dalam dua saiz berbeza. Baik untuk lelaki juga wanita dan hanya ditampilkan 88 utas bagi setiap rekaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.