LONGINES

GLAM Lelaki (Malaysia) - - HOROLOGI -

Membina legasi yang kaya dengan sejarah, Longines mengimbas kembali beberapa utas jam tangan dari arkib yang punya reputasi untuk diberi nafas baru. Lantas, jam penyelam Legend Diver hadir berwajah baru yang mana pertama kali dipasarkan pada 1960an. Mengekalkan susuk gaya serta elemen reka bentuk tipikal dalam era ini, Longines menerapkan kepakarannya yang canggih untuk edisi kontemporari ini. Bertujuan untuk menjamin keterbacaan, daya tahan air serta kepraktisan. Longines membentangkan versi baru dalam salutan PVD hitam yang menggabungkan rupa moden berbalas keanggunan dan prestasi tradisional.

JAM LEGEND DIVER GARAPAN LONGINES BERHARGA RM10,260.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.