5. SPA MEMUTIH GIGI

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS SEGAK RAPI -

Menggabungkan sesi memutih gigi dengan rawatan spa untuk julung kalinya, Philips Malaysia berkolaborasi dengan Smile Express Dental Spa. Ia adalah pakatan pertama spa pergigian ini kala menawarkan pengalaman Philips Zoom! Whitening yang memberikan pengalaman spa lengkap. Philips Zoom! Whitening, jenama rawatan memutih gigi profesional nombor satu berdasarkan permintaan pelanggan, membolehkan warna gigi menjadi lapan rona lebih cerah dalam masa hanya 45 minit. Proses Philips Zoom! Whitening bermula apabila pelanggan selesai melalui sesi rundingan dan mencuci gigi, kedua-duanya yang merupakan syarat wajib bagi pemutihan gigi. Gel pemutihan akan disapu pada gigi dan bertindak balas dengan cela kuning atau coklat bila terkena cahaya LED, lantas memutihkan gigi. Dalam tempoh pusingan memutih gigi selama 15 minit, yang diulang tiga kali, pelanggan turut sama dilayani dengan rawatan spa kaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.