HARMONI DWI-ALAM BVLGARI

GLAM Lelaki (Malaysia) - - RSVP -

Haruman terbaru dari Bvlgari telah dilancarkan dalam satu pembentangan eksklusif yang diadakan di Sky Garden, London baru-baru ini. Bvlgari Man Wood Essence memateri simbiosis antara gaya hidup metropolitan dengan kelestarian alam semula jadi dalam satu semburan magis buat si teruna. Majlis pelancaran tersebut dihadiri golongan elit media serta tetamu VIP seperti Lady Kitty Spencer, Lady Amelia Windsor dan model Toby Huntington-Whiteley. Turut tampil, pelakon dan model, Nick Bateman yang diumumkan sebagai duta wangian terbaru Bvlgari tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.