3. Kempen Kesedaran Obesiti

GLAM Lelaki (Malaysia) - - RENCANA -

Peneraju jenama peralatan elektronik rumah, Beko, melancarkan misi untuk meningkatkan kesedaran tentang obesiti di kalangan kanak-kanak bersama rakan jangka panjangnya, FC Barcelona. Kempen #EatLikeAPro menyeru pengguna media sosial untuk berkongsi tabiat pemakanan yang sihat menggunakan hashtag khas untuk menjana sumbangan bagi tujuan tersebut. Setiap post Twitter atau Instagram yang menggunakan #EatLikeAPro menjana sumbangan sebanyak 1 Euro untuk UNICEF dan lebih satu juta post telah dikongsi setakat ini. Sumbangan yang dikumpul akan digunakan untuk memberi sokongan kepada keluarga dan sekolah rendah bagi memperbaiki diet, tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak di Amerika Latin. Beko juga menjalankan kempen Eat Like A Pro di laman web www.beko.my/eatlikeapro untuk mengakses resipi sihat para pemain FC Barcelona, serta tip seperti pengubahan makanan untuk menjadikan makanan lebih sihat bagi kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.