2. Penyatuan Industri Automotif

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS AUTO -

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia membentangkan Stor Pop-Up Ford yang bakal mengunjungi lima buah negeri di Semenanjung Malaysia, bermula di Subang Parade Julai lalu. Stor Pop-Up Ford ini direka bagi menawarkan pengguna dengan peluang unik bagi merasai sendiri pengalaman memandu Ranger dalam persekitaran yang berbeza, berbanding di pusat pengedaran biasa. Stor Ford Pop-Up menampilkan teknologi realiti maya (VR) yang mengasyikkan. Ia akan membawa pelanggan lebih dekat lagi dengan Ranger dan membolehkan mereka merasai pengalaman menggunakan dua teknologi bantuan pemandu Ford yang canggih yakni Forward Collison Alert dan Lane Departure Warning and Assist.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.