6 Kembara Proton 1-Tank

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS AUTO -

Proton 1-Tank Adventure menjelajah ke seluruh Malaysia bersama para selebriti serta orang ramai untuk mengalami prestasi pemanduan model Proton terpilih sambil meneroka pemandangan indah, budaya dan masakan lazat Malaysia dengan satu tangki minyak. Model paling laris Proton yakni Persona (1.6 CVT), Saga (1.3 CVT) dan Iriz (1.3 CVT) dipilih untuk mengembara ke lima kawasan termasuk Tengah, Pantai Timur, Malaysia Timur, Selatan dan Utara. Langsung, pemenang dari setiap kawasan akan bersaing di peringkat akhir untuk gelaran juara. Proton 1-Tank Adventure berbeza dari pertandingan penjimatan minyak sedia ada kerana ia mengundang para peserta untuk meneroka Malaysia secara pemanduan biasa kereta Proton dengan hanya satu tangki minyak. Oleh itu, ia adalah satu pengembaraan yang mengujakan. Di samping, peserta dikehendaki memandu kereta standard, dan tidak boleh mengeluarkan alat-alat kecemasan seperti tayar ganti untuk mencapai perbatuan penggunaan minyak yang disasarkan. Peserta akan memandu secara bebas dengan penghawa dingin dan di bawah keadaan memandu biasa untuk merakamkan penggunaan minyak dalam masa sebenar. Malaysia Speed Festival (MSF) akan membantu dan mengesahkan data bagi menambah kredibiliti kepada keputusan penilaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.