5. IKON URBAN KEMBALI

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS AUTO -

Mini yang pertama dihasilkan pada tahun 1959, sekali gus menjadi sebuah ikon reka bentuk yang mempunyai tarikan seperti selebriti dalam sejarah budaya pop juga permotoran. Dengan rupa parasnya yang menarik, serta pengalaman pemanduan yang luar biasa dan kemudahan yang datang bersamanya, Mini tersebut dicipta melalui penggunaan ruang yang kreatif, disertakan dengan pengalaman pemanduan ala go-kart, dan reka bentuk yang mempunyai impresi tersendiri sehingga ke hari ini. MINI 3 Pintu Terbaru, MINI 5 Pintu Terbaru, dan MINI John Cooper Works Terbaru ini diperkenalkan dengan enjin dan transmisi terkini daripada BMW Group yang mematuhi standard Euro 6c untuk pengalaman pemanduan yang lebih menguja di samping penggunaan kadar minyak yang lebih rendah. MINI terbaru ini juga menetapkan tanda aras yang baru bagi elemen emotif, dan reka bentuk signatur bagi kenderaan ini seperti Projeksi Logo MINI (MINI Logo Projection), Lampu Hadapan LED dan Lampu Belakang Union Jack dengan Pencahayaan Waktu Siang (Day Time Running Lights), serta elemen logo baru pada badan kenderaan ini untuk membezakan kereta tersebut daripada variasi kenderaan seumpamanya yang terdahulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.