Ketepatan Tanpa Sempadan

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS JAM -

Senator Cosmopolite terbaru dipertontonkan oleh jenama asal Jerman, Glashütte Original bagi meraikan petualang dunia yang moden. Pertama kali diperkenalkan tahun 2015 dalam versi emas merah dan putih, karya terbaru kosmopolitan ini diolah dalam versi keluli tahan karat yang elegan. Dilengkapi mekanisme zon waktu yang inovatif, jam memaparkan waktu siang dan malam di masa perumah juga destinasi kedua untuk setiap 35 zon masa dunia. Jam tangan luar biasa ini boleh didapati di kesemua butik Glashütte Original dan pengedar terpilih. Punya air muka minimalis serta mekanisme zon masa yang canggih, versi terbaru Senator Cosmopolite dari Glashütte Original mentafsirkan persahabatan yang ideal untuk jejaka kosmopolitan kontemporari merangkap peneroka dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.