PAHLAWAN LEGENDA JEPUN

GLAM Lelaki (Malaysia) - - RENCANA -

Tepat jam 12 tengah hari 10 Julai lalu, jam tangan #SpeedyTuesday terbaru garapan Omega dijual menerusi laman instagram Omega. Hanya memakan masa dua jam, 2,012 utas jam sudah terjual. Ternyata, karya Edisi Terhad Speedmaster 42 mm ‘Ultraman’ ini laris ibarat pisang goreng panas. Memberi penghormatan kepada watak utama dalam siri Ultraman yang dicipta oleh Tsuburaya Productions di Jepun. Pahlawan Ultra ini adalah salah satu contoh yang paling terkenal daripada genre 'raksasa gergasi' Kaiju. Susuk rekaan Speedy Tuesday baru ini membias keseronokannya yang berselimutkan era ‘70-an sci-fi Jepun, yang berkongsi sama DNA jam ‘Moonwatch’ 1967 Omega. Ciri yang ditonjolkan dari jam klasik itu adalah fungsi 67chronograph yang berjarum rona jingga. Lantas, menarik perhatian pasukan produksi yang memberi debut jam asal itu dalam siri keempat Ultraman, yakni The Return of Ultraman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.