Vitalitas Metropolitan

HEDGREN MENERUSKAN LEGASI GARAPAN BEG MENGUTAMAKAN FUNGSI DAN KUALITI YANG UNGGUL BUAT PENGGUNA URBAN.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Tahun ini, Hedgren memperkenalkan aneka barisan beg sempena musim luruh dan sejuk. Teraspirasi untuk mengetengahkan ciri kewibawaan fungsian, minimalis dan kontemporari, rekaan dari Belgium ini melamar pencinta fesyen dengan variasi tas yang lebih versatil di samping suntikan rona-rona garang mampu memecah kesuraman musim sejuk.

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25

Selama 25 tahun, Hedgren telah meninggalkan jejaknya di serata dunia termasuk Amerika Syarikat, Hong Kong, Australia dan Dubai. Pada tahun ini Hedgren menyambut ulang tahun ke-25 di tanah kelahirannya di kota Antwerp, Belgium melalui pelancaran koleksi kapsul Charm Anniversary.

REKAAN BERKALIBER

Beg dokumen antara item fesyen wajib dimiliki buat mereka yang giat dengan urusan pejabat. Asas ‘career friendly’ mengilhamkan rekaan himpunan Diamond Star ini mampu menyumbang kemudahan kepada pemakai lantaran material polyester ultra-ringan serta ruang dalaman lebih luas. Koleksi ini hadir dalam warna hitam, biru gelap Sun-Dried Tomato iaitu merah dihiasi perincian jahitan kuilt

tampak lebih eksklusif.

ON-THE-MOVE

Kehidupan di kota kancap dengan denyutan warganya yang sibuk melunaskan rutin harian. Barisan Walker oleh Hedgren memancarkan gelombang style urban yang praktikal untuk kegunaan dalam kesibukan hidup di bandar. Selain tidak telap air, ringan dan teguh, Walker adalah pilihan yang unggul bagi jejaka yang memerlukan kelengkapan beg yang mentafsir ciri sporty, fashionable juga urbane.

TEMAN MENGEMBARA

Kesinambungan antara fungsi dan rekaan kontemporari dilanjutkan lagi ke dalam koleksi pengembara, Inter City & Transit. Di samping diperbuat daripada material nilon kalis air, himpunan beg ini dilengkapi sistem RFID berfungsi menghalang maklumat kad kredit anda dibaca tanpa pengetahuan. Rekaan yang pelbagai, Inter City & Transit datang dalam variasi warna serta mudah dibawa ke mana-mana.

GAYA HIDUP DIGITAL

Dunia digital yang menjadi semakin pintar, cepat, dan lebih terhubung mendorong gaya hidup kompak dan ringkas. Beg dari koleksi Link memberi kemudahan dan keselamatan kepada pengguna peranti elektronik. Setiap satu dilengkapi poket USB untuk menyimpan power bank ketika digunakan serta sistem RFID yang menjamin keselamatan dokumen peribadi anda.

Hedgren boleh didapati di butik Bratpack (FB: @ bratpackmalaysia)

BEG CHARM ANNIVERSARY

KOLEKSI HEDGREN CONNECT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.