A Weekend To Remember

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

ANJANG MUDA-MUDI KUALA LUMPUR BERPESTA MENIKMATI KEPELBAGAIAN RITMA MUZIK. SERAMAI 15 RIBU PENCINTA MUZIK BERHIMPUN DI THE RANCH @ GOHTONG JAYA, GENTING BAGI MENGHAYATI SENDIRI PERSEMBAHAN SPEKTAKULER ALUNAN LORDE, ALT-J, SZA DAN THE NEIGHBOURHOOD.

Berlangsung selama dua hari yakni pada tanggal 21 dan 22 Julai 2018, festival muzik tahunan yang dibawakan oleh Toyota ini sememangnya ditunggu ramai. Seramai 15 ribu orang membanjiri laman The Ranch bagi menyaksikan kehangatan edisi kelima dengan barisan pemuzik dari luar negara juga tempatan.

Bingkisan hari pertama dimulakan oleh penyanyi merangkap penulis lagu Lunadira yang membuat persembahan di Blue Stage. Lalu, secara merasmikan festival ini dengan kelunakan vokalnya yang dreamy. Beralih pula ke Red Stage, one-to-watch rapper wanita tanah air, Zamaera melontarkan rangkap lirik rapnya dengan penuh attitude lagi bertenaga. Diikuti pula persembahan duo elektronik, Pastel Lite yang memperdengarkan nada muzik fresh berbalas alunan vokal yang unik. Kyoto Protocol mendapat sambutan hangat tatkala membawakan genre alternatif rock serta trek terbaru ‘Delta Wing’ sebelum rapper kesayangan Malaya, Altimet, mengambil alih pentas utama yang disertai sama The Kawan Band.

Kemudian, produser muzik elektronik asal British SG Lewis memutarkan set moody dan emotif, menandakan kenyamanan petang. Tatkala kesamaran mentari kian malap, pemuzik tropikal house Perancis, Petit Biscuit beraksi memutarkan soundtrack bagi menyamai atmosfera nyaman dengan trek popularnya, ‘Sunset Lover’. Malam melabuhkan tirai, giliran duo DJ Amerika merangkap produser muzik, Louis The Child pula menyambar kerumunan pencinta muzik dengan ritma elektronik di Red Stage sebelum bertukar tempo dengan The Neighbourhood. Nada signatur moody kumpulan ini menggabungkan alunan hip-hop bersama indie lalu menyanyikan chart-topper. Sweater Weather bersama banjiran pengunjung. Rapper dari California, Vince Staples menyerbu ke pentas memperdengarkan stail muzik trap sebelum malam pertama melabuhkan tirainya dengan penampilan SZA yang mengambil alih pentas utama dalam persalinan sari juga nafas baru muzik R& B!

Menyelinap masuk ke hari kedua, Bil Musa menyanyikan lagu-lagu dengan vokal cukup menenangkan. Diikuti ritma soul dan

R& B dendangan rapper Indonesia yang berpusat di KL, Emir Hermono. Indiepop Sweetheart Froya kembali ke pentas Good Vibes sebelum diambil alih pemuzik merangkap powerhouse indie tanah air, Noh Salleh. Majid Jordan, duo yang berasal dari Toronto mempersembahkan muzik gabungan antara nada moody R& B bersama electrowave pop lalu mendapat sorakan hangat kala membawakan lagu hit dari EP mereka, ‘Her’. Berikutan, pasangan elektro-pop British, HONNE mengalunkan melodi yang mengasyikkan waktu matahari terbenam turun di langit.

Angin dingin malam diteruskan dengan si pemuzik penuh jiwa, Nick Murphy fka Chet Faker beralih kepada trio Inggeris alt- J yang melontarkan muzik folk bersulam indie rock. Pencinta muzik Malaya terus dihiburkan dengan kemunculan duo elektronik Amerika, Odesza yang membawakan trek popular mereka seperti ‘Sun Models’ dan ‘Say My Name’. Sekalipun hari kedua terus disambut dengan tari-menari, bersiaplah semuanya untuk menikmati kehangatan malam yang bakal berlabuh dengan New Zealand dark pop princess, Lorde. Persembahan yang penuh bertenaga beralun mesra dengan melodi romantis juga muram. Vokalnya yang sangat emosional membawakan lagu-lagu popularnya ‘Royals’, ‘ Team’ sebelum melabuhkan tirai festival selama dua hari ini dengan ‘Green Light’. What a spectacular show!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.