SWIPE UP

GLAM Lelaki (Malaysia) - - IKONIK -

Segeralah muat turun 3 aplikasi ini demi merangsang ‘positivity’ dalam diri. Ambil masa amalkan aktiviti cenderung positif yang dicadangkan tiap aplikasi tersebut.

1. THINK UP

Aplikasi ini tersangatlah mesra pengguna. Mudah sahaja melayarinya. Jika anda berasa yakin dan gembira dalam sesuatu hari itu, anda boleh berkongsi perasaan atau cerita tersebut dengan merekodkannya. Sekiranya anda berasa kurang bersemangat atau kurang tahu apa yang ingin dikongsikan, usah risau kerana aplikasi ini punya senarai generik yang boleh dipilih. Selepas merekod, anda boleh gubahnya dengan suntingan muzik dan sebagainya agar lebih menarik untuk didengar kemudian.

2. SHINE

Setiap hari pengguna aplikasi Shine akan menerima mesej yang mengandungi ‘quotes’ berunsur positif oleh individuindividu berjaya. Di samping itu, positif turut dipaparkan. Berdasarkan laporan Shine, 93 peratus daripada pengguna aplikasi Shine bertambah yakin dan terdapat peningkatan diri.

3. KWIPPY

Kwippy adalah landasan media sosial yang terbaru, di mana anda boleh sertai cabaran mudah yang ditawarkan. Setiap hari Kwippy akan menampilkan bentuk cabaran yang berbeza. with the nearest living thing.” Pengguna juga boleh melayari akaun Kwippy lain untuk melihat hasil mereka. Komen juga dibenarkan. Interaksi sebegini sangat disarankan untuk meningkatkan komunikasi yang komprehensif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.