Evolusi Pintar Fossil Q

PENINGKATAN SPESIFIKASI DENGAN FUNGSI PANTAUAN KADAR DENYUTAN NADI JUGA BERKEUPAYAAN UNTETHERED GPS YANG MEMBOLEHKAN PENJEJAKAN LARIAN, BERBASIKAL ATAU AKTIVITI SEUMPAMANYA, FOSSIL MEMBENTANGKAN JAM TANGAN PINTAR GENERASI KEEMPAT SIRI FOSSIL Q.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS JAM - Teks: Zuhairie Sahrom Gambar: Fossil

M terbarunya, Fossil berbesar hati mempertontonkan generasi keempat siri Fossil Q. Berselubung inovasi serta kecanggihan teknologi untuk seleksi jam tangan pintarnya, Fossil adalah antara label yang pertama lalu memperkukuhkan kedudukannya dalam pasaran dunia. Dilengkapi dengan beberapa ciri teknologi terkini, generasi keempat ini menawarkan kesempurnaan fungsi hasil saranan juga permintaan pengguna berbalas susuk rekaan dan gaya Fossil berhasrat untuk mencitrakan jam tangan yang eksklusif baik dalam kepelbagaian fungsi mahupun reka bentuk.

Sebagai salah satu jenama jam tangan yang dialiri nadi fesyen, Fossil mengorak langkah lalu menjadi jenama pertama kala memperkenalkan teknologi canggih ini kepada seleksi jam tangannya. Ini terbukti usahanya kepada pengguna untuk tidak mengorbankan fesyen demi fungsi. Dikuasakan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 2100 terbaru bagi menggantikan pemproses Qualcomm Snapdragon 400. Perkakasan ini menjanjikan rekaan yang lebih nipis dan dalam masa yang sama 25% lebih jimat tenaga dengan fungsi pantauan kadar denyutan nadi berkeupayaan untethered GPS yang membolehkan penjejakan larian, berbasikal atau aktiviti seumpamanya. Turut sama punya kewibawaan swimproof serta mengoptimumkan masa cas kepada satu jam terus bertahan sepanjang hari.

Sehubungan itu, generasi baru ini juga membolehkan pengguna untuk memilih tali jam serta rekaan dail mengikut selera masing-masing. Terdapat 36 rekaan dail eksklusif untuk dipilih, termasuk yang terarah fashion forward ke dail novelty. Tidak lupa juga, ia menggabungkan sama peningkatan jumlah aplikasi ke dalam peranti seperti menetapkan foto media sosial sebagai latar belakang dail jam pintar. Tidak kira yang beraspirasikan vintaj atau kemodenan teknologi, Fossil senantiasa merancang maju lapangan jam tangan pintar. Demikian, hanya Fossil bisa mencari kesempurnaan dalam jam tangan pintar yang sesuai untuk segenap lapisan usia, jantina juga profesion.

FOSSIL MENGORAK LANGKAH LALU MENJADI JENAMA PERTAMA KALA MEMPERKENALKAN TEKNOLOGI CANGGIH INI

ISTIMEWA FOSSIL

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI WWW.FOSSIL-ASIA. COM/EN/MY.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.