Triple Treat Johorean

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS JAM -

Montblanc Malaysia memilih pelakon, penyanyi serta peragawan Lawrence Wong sebagai Friend of the Brand yang pertama untuk maison mewah asal Jerman ini. Berasal dari Johor, Lawrence membuktikan keupayaannya yang serba boleh malah berpengalaman sebagai anak seni bukan saja di tanah air juga di Singapura dan Thailand. Pada tahun 2016, Lawrence memutuskan untuk mencabar dirinya bagi memperluaskan kariernya dengan meneroka pasaran China. Usahanya kala mengejar cita-cita membuahkan hasil setelah berjaya membuat China. Menurut Presiden Asia Tenggara Montblanc, Matthieu Dupont, Lawrence punya ciri-ciri Montblanc Maison sebagai man of style and substance berbalas semangat yang menular dipacu oleh ketabahan serta profesionalisme yang meresap setiap aspek hidupnya. Penjelajahan berterusannya dalam menolak sempadan untuk menjangkau pengembaraan baru membias nilai gaya hidup Montblanc yang sejati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.