3. UBAH TEKSTUR KULIT

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS SEGAK RAPI -

Bersedia untuk mengubah tekstur kulit anda? Kiehl's senantiasa punya penyelesaian kala menawarkan pengalaman serta perkhidmatan yang tiada tandingan bagi setiap pelanggannya. Ini termasuk kata putus baik daripada operasi apotekari sehingga ke pemilihan atau penyaranan produk. Saban tahun, jenama asal New York ini menerima pelbagai maklum balas juga testimoni daripada pelanggannya kala menyuarakan penghargaan mereka atas perkhidmatan yang disediakan menerusi Kiehl’s Customer Representatives (KCRS) dari seluruh dunia. Maka, ia memberikan inspirasi buat Kiehl’s untuk hadir dengan kempen ‘Let Us Change Your Skin’ yang pertama kali diperkenalkan secara global sejak tahun 2013. Lantas, ia memupuk kesedaran umum mengenai rejimen penjagaan diri yang mampu berusaha untuk mengubah kesihatan kulit hanya dalam 28 hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.