2 DALAM 1

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS SEGAK RAPI -

Jejaka moden masa kini mengambil berat tentang produk penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Di samping itu, membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula menyingkirkan kotoran yang melekat seharian pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan serta habuk. Maka, Dashing hadir dengan buih mandian Dashing 2 dalam 1 bagi memudahkan urusan seharian. Pembersih wajah dan badan ini ditawarkan dalam pek pam bersaiz 700 gram. Dirumuskan khas untuk wajah dan badan si pria agar kekal hidrat muka dan badan tanpa iritasi sekali gus mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan yang mendalam dari muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.