Kacukan Lama Dan Baru

SEPASANG KASUT YANG DIREKA BERLANDASKAN VISUAL YANG NYATA DALAM MEMPERTENGAHKAN SIFAT PEMBUATAN YANG PUNYA FOKUS KEBEBASAN DALAM PERGERAKAN

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - Teks: Arie Sampornak Gambar: Adidas

Baru-baru ini Adidas Originals memperkenalkan koleksi sambungan terbaru buat himpunan P.O.D System dengan menggabungkan tema “Great alone, better together.” Yakni menggambarkan konsep P.O.D System di mana setiap ciri seni rekanya diambil daripada konsep asal kasut larian yang terdapat di dalam koleksi arkib Adidas kemudiannya digabungkan bersama estetik masa kini.

Model terbaru ini diberi nama P.O.D – S3.1, sepatu yang didatangkan dalam rona hitam dan putih. Siluet yang diguna pakai pula adalah daripada gabungan lapisan berstruktur yang telah diperkemaskan dengan anyaman tekstil. Pembuatan kasut ini diperkuatkan dengan tapak kasut Boost™ bersama Torsion™, yang punya potongan membolehkan pergerakan tanpa batasan.

Sesuatu yang menjadikan kasut ini unik ialah sifat nolstagia memetik aura Adidas tahun ‘ 90-an di mana rangka kasut ini diambil serta diguna kembali, langsung diberi nafas baru agar tampil dalam perspektif yang lebih moden dan kemas. Sepatu serba moden ini tersedia dijual di kesemua butik Adidas Originals dan untuk maklumat lanjut anda boleh layari lama web https://www.adidas.com. my/originals-podsystemGL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.